Minggu lepas masa blogwalking di blog Cie dan terbaca post dia tentang Cabaran Langkah Sihat tu barulah ammi ingat yang ammi pernah ada apps BookDoc ni dalam phone.
Masa ammi tukar phone tahun lepas ammi tak auto download semua apps sebab ammi yang transfer sendiri semua benda dalam phone (kita amaturkan)...jadi ammi download mana-mana apps yang ammi ingat je. Slowly baru download satu-satu. Tapi tulah, benda menyihatkan itulah yang paling payah nak diingat.
Bila nampak posting Cie, terus je ammi install semula. Ahaksss..
Last updated weight 10.12.2024. Huhuhu...jauh dah ammi tinggalkan angka 64 tu. Sekarang dah kena tambah 1.7 kat belakang angka tersebut. Nyampah. Kalau dulu pun BMI dah merah menyala sekarang apatah lagi.
Teruslah klik cabaran 100,000 steps ke Munich untuk May 2026. Takat hari Isnin haritu, barulah 10% je steps ammi. Kat rumah, ammi jaranglah pakai jam.
Harap-harap dipertengahan May ammi bolehlah complete 100,000 steps ni.
Ammi pernah join berjalan ke Hang Zhou, Osaka, Toronto. Bajet-bajet je kamu ni Sharmila. Semua ni join secara virtual je. Sekali dua je sign up untuk fizikal challenge tapi itupun kalau takat 3k bolehlah. Orang lain dah sampai 20 minit awal, ammi baru hegeh-hegeh nak sampai garisan penamat.
Semoga kaki saya kuat untuk berjalan. Lately ni lutut ammi memang tak bagi kerjasama. Bila dah duduk lama dalam bus, nak bangun tu pun payah. Hmmmm sedih saya.
By the way...thanks again Cie sebab tolong ingatkan ammi.
.png)
.png)


12 Comments
Selamat berlari kak!
ReplyDeleteJiayok2...
Cuya tak rajin nak berjalan beribu steps ni. Kikiki
Wahh menariknya Cabaran Langkah Sihat. Semoga terus semangat ye Ammi. Chaiyok chaiyok
ReplyDeletenak download juga lah
ReplyDeleteSemoga berjaya.
ReplyDeleteKalau saya rajin jalan sebab cari barang di pasaraya.
all the best.
ReplyDeletemenarik app ni. dulu pernah juga download app lebih kurang macam ni. tapi sekarang, app tinggal app sahaja...
ReplyDeleteMenarik apps ni...
ReplyDeleteNak komen pun tak boleh, kita lagi byk kilo dari Ammi 🫣
Semoga berjaya dgn misi awak
ReplyDeletetahniah ammi. mohla kita sama2 join cabaran. banyak lagi cabaran on going tu boleh join. baru semangat kan.
ReplyDeleteAll the best...jangan hangat- hangat chicken shit aje ye....
ReplyDeleteSha pun macam ada apps ini dulu.. Nak kena download juga nie..
ReplyDeleteEh berarti aplikasi ini bisa di download siapapun ya kak? Td saya pikir ini apk khusus untuk staff di kantor kak cie. Menarik pula nak coba kalau memang bisa dipakai juga oleh siapapun 😄. Teringin nak download
ReplyDelete