Jumaat lepas Kyra dapat tawaran ke tingkatan 6. Infact semua lepasan SPM yang layak memang automatik ditawarkan ke tingkatan 6 mengikut pakej yang sesuai. Alhamdulillah, dia layak ditawarkan ke bidang SAINS sesuai dengan minatnya dan yang lagi best dia layak untuk buat program tingkatan 6 di Kampus Universiti.
Disebabkan Kyra bersekolah asrama jadi penempatan sekolah belum lagi kita tau. Kena berhubung dengan PPD. Kalau ikut research yang ammi buat, tingkatan 6 untuk aliran sains di Seremban yang paling hampir dengan rumah hanya di Kolej Tingkatan 6 Tuanku Muhriz dan Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah.
Tapi dah kata layak buat di kampus Universiti kita apply jelah kan...mana tau ada rezeki. Hanya 2 universiti je yang buat program rintis STPM ni... Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Dan disebabkan kita berada di selatan jadi kalau kita apply, permohonan akan auto ke UKM.
Hari Isnin lepas pulak diumumkan tawaran kemasukan ke
Matrikulasi. Alhamdulillahhhhh, lega rasanya bila ada tempat untuk Kyra.
Haritu ammi sedih juga sebab dia tak layak langsung nak apply
Asasi di
UPU. Jadi course yang dia pilih di UPU adalah diploma. Yang paling dia harap
Diploma Sains di
UPSI. Tapi dia terima je dulu Matrix ni.
Buatlah elok-elok kakak....lain orang lain rezekinya. Bila dah direzekikan dengan yang macam ini, gunakan rezeki ini sebaiknya supaya kakak dapat buat degree macam yang kakak minat.
Tapi sebelum dapatnya dua tawaran ni, Kyra ada dapat 1 lagi tawaran buat Asasi Sains daripada
Universiti Malaya-Wales. Ini kira private wings
UM la. Huhuhu...yang ini awal-awal ammi dah suruh dia put on hold dulu. Tak mampu de abah ammi kakak oooiii. Yuran buat foundation setahun kat situ je dah makan belas ribu.
Keluar result UPU nanti, harap-harap dipertengahan May. Kalau dapat apa yang dia nak tu, buatlah
solat istikharah kakak. Buat pilihan yang tepat. Kaji buruk baiknya.
10 Comments
Alhamdulillah tahniah Kyra!
ReplyDeleteBaru tau F6 ni auto dapat kan. Kalau ada rezeki bertemulah Abang & Kyra di UKM tu hehe
all the best kyra...dimana jua berada..
ReplyDeletemoga kyra dpt buat pilihan terbaik
ReplyDeleteYang Asasi Sains Universiti Malaya-Wales tu takde biasiswa ke Ammi? Setau saya kalau dia buat degree nnt dapat peluang ke overseas (Wales, England). Kalau boleh mohon biasiswa untuk ambik program Sains Asasi ni, peluang cerah untuk belajar di luar negara.
ReplyDeletealhamdulillah dapat matriks pun ok. peluang yang ada ni adalah rezeki. tahniah.
ReplyDeleteTahniah buat kyra dan Ammi
ReplyDeleteTahniah Kyra. Semoga terus success dunia akhirat
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan buat Kyra..Insyaallah ada pilihan yang terbaik tu...
ReplyDeleteAnak saya di KMNS setahun. Alhamdulillah, minggu ni last.
ReplyDeleteSaya kurang paham dengan level2 tingkatan after high school di sana. Matrikulasi, diploma, asasi, ada banyak berarti ya kak.
ReplyDeleteDulu saya dan adik saya kuliah di Malaysia, kami apply, memang utk bachelor degree.
Kecuali saya Krn masuk campus swasta, jadi ambil kelas bahasa dulu, lalu diploma, trakhir bachelor.
Atau mungkin antara foreign students dan lokal memang beda tahap masuknya yaa