Hari Sabtu lepas (18.4.2026) seawal jam 11 pagi kami dah gerak ke Melaka. Khilfi kalau nak diikutkan boleh balik pilihan selepas pukul 12.30 hari Sabtu. Tapi masa dia call hari Jumaat tu dia kata dia pilih untuk tak balik sebab ada peperiksaan pertengahan tahun start hari Isnin. Dia nak study. Kalau balik nanti confirm tangan dia nak pegang handphone. Baiklah.
Tapi hari Sabtu tu kami pergi juga sekolah dia. Anak yang taknak balik boleh dilawat. Dia masuk je dalam kereta terus cakap "abang tak sihat pagi tadi. muntah-muntah pastu cirit-birit". Auchhhh. Moh la kita ke klinik dulu sebab dia masih ada rasa mual tu.
Lepas gi klinik kita lunch dulu (walaupun sakit perut tetap nak ambik petai budak bujang ni. Petai raw pulak tu). Ammi tak ambil pun gambar.
Ada gambar ni je. Gambar lepas makan, gi potong rambut.
Lepas solat semua kami pun pergilah cari bahan yang abah perlu sediakan di
Mydin untuk kenduri esoknya. Kakak abah ada 2 orang dapat tawaran
kerjakan haji tahun ni jadi dorang buatlah kenduri dan adalah juga
potluck. Abah pilih nak goreng ayam singgit. Jadi kenalah cari tepung bagai. Sambil-sambil tu carilah juga selipar budak-budak ni kat Mydin tu. Tapi ehhhh kedai-kedai diluar tu jual selipar sampai RM39. Dah kenapa mahal gitu?
Dahhhh kita gi
Mr. DIY je. Dalam pada cari-cari selipar si bongsu datang kat ammi tanya
"boleh ke nak beli blindfold?". Ammi macam apa benda blindfold tu? Jawapannya,
"benda letak kat mata kalau nak tidur untuk bagi tak ada cahaya". Ohhhh mak korang oldskul...rasa silau dia letak je kain kat mata tu. Takde nak blindfold blindfold bagai.
Tapi kita bagi la juga...benda murah jekan.
Terus rasmikan. Memang lelap betul dia tidur walaupun terang gitu. Gigih tau budak ni balik kampung pakai baju chess yang siap ada logo sekolah.
Uihhhh tidur siap dengar lagu pakai earphone lagi.
Sekarang ni tiap malam memang tidur pakai blindfold ni sebab dia jenis penakut kalau ammi tutup lampu bilik dia sebelum dia tidur. Kadang-kadang memang sampai ke pagi lampu bilik dia terpasang. Kalau ammi terjaga malam nak ke toilet, ammi tutuplah lampu tu.
Nanti-nanti dia beranilah kot ek. Khilfi dulu sebelum masuk
asrama pun gitu. Penakut teruk. Kalau semua orang berkumpul tengok tv kat hall rumah kami yang lama (satu rumah tu keluasan cuma 895sqft), dia nak ke toilet yang cuma 5-6 tapak dari hall tu pun dia takut. Ihhhh geram aih. Terbayang-bayang muka penakut dia dengan badan bobok dia yang dulu, keluar toilet terkocoh-kocoh pastu tergolek depan tandas sebab licin.
Anak bujang di asrama takde pulak call. Harap-harap sihatlah perutnya tu. Dan harap-harap bolehlah jawab
paper yang sebelum-sebelum ni dengan baik.
11 Comments
function sungguh blindfold tu! my habit masa tidur..wpun bkn hari2..i suka letak bantal atas muka ie nak bg cover mata hahah bantal yg ringan lah, if not, lemas plakkkk :p
ReplyDeleteTidur pun bergaya hehe
ReplyDeleteAcik sama macam si bongsu tu tidur kene gelap , sebab kalau kat hd tu dana tutup muka dengan tuala baru boleh tidur hehehe. Boleh bayangkan budak tergolek depan tandas sbb takut heheheh
ReplyDeleteuh. nyenyak sekali tidurnya kak.
ReplyDeletegood luck Khifli..bagus betul nak ulang kaji... terbaik la..
ReplyDeleteammi, dedek pun ada tau blindfold tu.. memang dia guna kalau nak tido.. dalam lete pun kadang2 dia bawa juga
Cuya duk teringt member Cuya dulu dia tidur pakai blindfold sebab kalau masa dia tidur, mata dia terbuka sikit... Risau orang nampak muka buruk dia ler tu member Cuya ni 😂
ReplyDeleteAmboiiiii...bukan main nak blindfold bagai erk...bagus gak tu..nyenyak tido kan...aunty SA pun baru hari ni tau apa benda blindfold tu...
ReplyDeleteamboi...bukan main lagi hero kecik tu kan .. dgn blind fold dia..lenaaaa 😴
ReplyDeleteSaya sempat juga beli blindfold macam nih kak. Tapi tak terpakai, Krn teringat, saya kan tiap nak tidur pasti apply skincare . Kalau pakai Penutup mata, hilanglah skincare yg dioles 🤣🤣. Terserap masuk ke kain blindfold. JD memang tak dipakai samasekali
ReplyDeleteAnak KSarie yang bongsu suka tidur pakai blindfold juga. Tidak menurun perangai omaknya yang boleh tidur pada bila-bila keadaan walaupun lampu seterang lampu stadium😅Semoga anaknya cemerlang dalam peperiksaan
ReplyDeleteOo blindfold namanya... dah pakai tu mesti cepat tidurnya.
ReplyDelete