Hari Jumaat di awal April, jemput je Alip balik dari sekolah kami terus je shoot ke Johor. Memang plan asal nak kumpul beramai-ramai di rumah kaklang di Johor Bahru. Ammi angkut jugalah laptop office just in case tetiba boss call kata ada benda nak buat.
On the way tu ammi saja-saja jelah cakap ngan abah kalau-kalaulah dia nak singgah di Kota Tinggi kejap sebab ammi ni tak pernah sepanjang usia ammi, gi rumah pakcik ammi di sana. Secara geografi ammi ni taktau pun berapa jarak JB dan Kota Bharu. Nak ke JB lalu ke tidak Kota Tinggi. Kita yang buta jalan ni main sebut je dan bila Abah kata on ammi terus je whatsapp kakak sepupu ammi minta alamat. Thank you my shuben my syurga.
Lebih kurang lepas asar kami sampai di Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi. Ammi ni last jumpa dengan WakLan (abang arwah mama) rasanya PRU 14 (tahun 2018) dulu. Masa tu wak masih sihat walafiat, jadi dapatlah wak berjalan ke Seremban jumpa adik-adiknya. Anak wak pun ada sorang di Seremban. Sekarang ni kalau berlama dalam kereta nanti sakit lutunya, kakinya.
Alhamdulillah, nampak je sign board ni terus rasa berdebar. Macam nak pergi jumpa boyfriend buat pertama kali pulak. hahahahah..
Along Anja dah bagi location, direction, siap tunjuk gambar rumah lagi beserta description.
Dalam ramai-ramai adik-beradik arwah mama, Wak Lan (anak ke-4 kalau tak silap ammi) dan arwah Wak Ib (anak ke-5) yang duduk jauh dari yang lain. Sorang di Johor dan sorang di Penang.
Wak ni kelakar orangnya. Dari muda sampai ke "muda" masih kelakar orangnya. Ammi ingat masa ammi mula-mula dapat tawaran course Secretaryship kat
ITM wak cakap
"jadi seketeri nanti kau jangan pakai kain haram halal haram halal (sambil buat gaya orang pakai kain belah sampai ke peha), wak benam kau dalam parit nanti".
Bukti Wak masih suka bergurau. Tak kering gusi ammi ni. Dan at the age of 87 Wak masih ingat semua.
"Anaknya dijaga elok, macam Sharmila Tagore orangnya. Kalau yang datang serupa Rishi Kapoor jangan diterima terus. Siasat". Wak wedhok taknak masuk dalam gambar sebab dia pakai t-shirt lengan pendek.
Masa kami datang wak tengah buat puasa 6 yang terakhir. Jadi kami pun takdelah nak lelama sangat. Dalam sejam gitu kita gerak sebab panjang lagi perjalanan.
Macam orang mengandung pulak tapi saya cuma mengandungi lemak, bukan mengandung.
Wak ni namanya
Zulkarnain tapi dipanggil Lan sebab katanya nama asal diberi Maulana tapi masa buat IC jadi Zulkarnain. "Macam mama ko jugak...namanya
Siti Khadijah tapi jadi
Muslimah. Itu yang masih dipanggil Ijah". Tang arwah mama jangan kata nama berubah, masalahnya mama dan adik mama bertukar identiti terus. Adik mama dapat keluarkan pencen lagi awal dari mama hahahha sebab dorang bertukar nama atas kertas. Gitulah zaman dulu-dulu bila orang tuanya buta huruf.
Tang ejaan nama bapa pun macam-macam versi ada...ada yang Bariyo, Birio, Wirio, Wirid.
Alhamdulillah, semoga dapatlah kami adik-beradik singgah ke rumah Wak nanti. Along pun teringin gak nak ke sini.
14 Comments
lawak la psl pakai kain belah tu hahahah oooo wak lan dh umur 87 yer...lg tua dari my mom tu..my mom 84 y.o thn ni... hahaah bj ammi tu sbb design kembang so bila posing gaya gitu memang akan nmpk mcm preggy hahahah MZ memang avoid beli bj kembang2 gini :p cerewet la bab2 baju dan OOTD
ReplyDeleteLM ada blouse bawah kembang camtu. bila bergambar memang mengandung la jugak jadinya. hehe.
ReplyDeletebest tengok rumah tu. kalau time panas siang siang syok tidur atas lantai
Pernah lalu Felda Ayer Tawar ini 2 tahun lepas.
ReplyDeletejauh sangat tu dari maulana kepaa zulkarnain hehehe... agaknya masa nak daftar tu lupa nak bagi nama apa kot... hehehe
ReplyDeleteMoga terus sihat la pakcik ammi ni ye
ReplyDeleteJauh berjalan tu sampai ke Kota Tinggi. Tengok gaya pakcik Ammi pun dah rupa orang² sana. Pakcik Ammi peneroka la ya kat sana.
ReplyDeleteAlhamdulillah...waras lagi wak nya..
ReplyDeleteApabila adik beradik arwah mak kita ada yg masih ada..wajib kita ziarah mereka kan...adik beradik mak akak tinggal 3 orang je ha..selaalu pi tgok yg kat Pilah..2 org lagi nun jauh di Kedah
ReplyDeletenampak sihat lagi wak. mata i menangkap rambutan kuning tu sedapnya. dah musim ek kat sana.
ReplyDeleteAlhamdulillah tumpang seronok pulak. Masih ada ayah saudara utk diziarahi. Semoga Wak lan sihat² selalu 🤲🏻
ReplyDeleteSuka tengok rumah² dekat Felda, semuanya cantik dan bersih 👍🏻
Dulu asal course secretary sure cun2 & seksi la kannn...lawak je.. moga sihat2 selalu Wak
ReplyDeleteYa Allah gelak saya baca part lawak secretary itu 🤣🤣🤣. Memang lucu Wak nya kakak nih. Sehat2 untuk Wak dan keluarga 😄. Paling suka kalau ketemu dengan saudara yg memang pelucu seperti ini . Meriah suasana
ReplyDeleteAlhamdulillah sihat lagi waknya. Tergelak KSarie baca pasal kain halal haram tu😅
ReplyDeleteAlhamdulillah. Dapat Ammi menyantuni Wak Lan...
ReplyDeleteTang nama tu lari sungguh lah ejaan dan bunyi😅