Moreh terakhir

Cikgu kelas Khilfi kongsi gambar moreh terakhir untuk tahun ini dengan anak-anak kelasnya.  Dr. Nan ni guru kelas Khilfi merangkap guru Fizik dan guru Panitia subjek Fizik di sekolah.  

Tapi tengok result Fizik Khilfi untuk Ujian Diagnostik 1 (UD1) hmmm nampak macam Fizik yang paling kurang memberansangkan setakat ni.  Jangan buat malu cikgu tu abang....chaiyokkk.


Taktaulah dorang plan pakai baju biru ke camna sebab most semua pakai biru.  Anak ammi takde biru kot tu yang dia pakai hitam.  Masih lagi setia disebelah best buddynya, Ragha, walaupun sekarang ni ada satu kelas mereka tak bersama.  Ragha memilih untuk ambil Sains Komputer dan Khilfi pulak Biologi.  Tapi dengarnya aliran SK untuk batch Khilfi mungkin terpaksa dibubarkan sebab ketiadaan cikgu.  Dah hampir masuk April tapi masih belum ada cikgu pengganti untuk mereka.  Ada ibu ayah yang dah buat laporan jadi kita tengoklah apa pendekatan yang KPM ambil untuk selesaikan isu ni.


Serius ke mereka semua ni budak tingkatan 4?  

Semoga sihat semuanya dan panjang usia kita semua boleh bermoreh lagi ditahun hadapan.

Post a Comment

9 Comments

  1. ooo boleh erk ada subject yang xde cikgu lagi..nak masuk April dah ni

    ReplyDelete
  2. warna baju semua nk dekat sama. tak biru, hitam. macam dah plan pulak

    ReplyDelete
  3. kalau geng2 lelaki ni, ape aje lah warna baju melayu mereka..

    ReplyDelete
  4. Warna baju tu mesti plan punya lah hihih.. tak ada guru yg mengajar lama sgt tu nk masuk april sidaj

    ReplyDelete
  5. muka budak2 lagi ni. memang set tema la ni.

    ReplyDelete
  6. dpt gmbr dr cikgu mmg mengubat rindu la maknya kn..kdg2 cikgu susah juga nk share

    ReplyDelete
  7. Sekolah Sulaiman tak ada subjek Sains Komputer ni, jadi dia ambil Asas Kelestarian. Kenangan, moreh terakhir tingkatan 4.

    ReplyDelete
  8. uishh dah nak masuk April pon masih xde cikgu lagi ye?

    ReplyDelete