Terlajak

Bila kau dah taktau nak buat entry apa sebab ko tak ambil banyak gambar, maka gambar yang ada tulah ko olah jadi entry.  Entry asal ada gitu.

Kisahnya, ada satu pagi Sabtu, ammi ni lepas Subuh teruslah ke dapur sebab lapar lain macam.  Nampak ada satu plastik mihun yang dah terbuka terus je ammi rendam walaupun cuma sekeping je mihun dalam plastik tu.  Bila dicari mihun lain di tempat simpanan stok makanan hukalohhhhh takde.  Moral of the story dah pasti cukup barulah rendam ke apa yang patut.  Jangan gelojoh sangat Sharmila!

So, dah basah takkan nak simpan semula.  Kita teruskan jelah walaupun cuma sekeping.  Mujur juga ammi perasan dalam fridge ada sebekas pulut kuning.  Mesti abah bawa balik dari majlis tahlil di surau.  Ammi kukus je semula nak hangatkan.  Still masih tak cukup, buka freezer kononnya nak goreng fries sekali ehhhh adalah karipap frozen yang makcik ammi bagi.  Alhamdulillah.


Mihun yang tak ada sayur tapi cukuplah sorang rasa sikit-sikit.


Pulut Kyra sorang je makan sebab dia kan hantu pulut.

Setakat ammi taip ni, abah dah restock mihun di dapur.  Ahaks.  Risauuuuu isterinya tertipu lagi sekali.

Post a Comment

10 Comments

  1. Fridger Doraemon tu.. macam-macam ada bila terdesak.

    ReplyDelete
  2. .. Fridge... tercepat publish pula

    ReplyDelete
  3. kreatif betul sheila masak mcm2 wpun lil portion ;)

    ReplyDelete
  4. dah rendam tak leh buat apa lah.. masakkan je lah dia.. sorang dapat sesuap jadi ar

    ReplyDelete
  5. sedap karipap tu...kalau ada benda yang sikit2, tu yang berebut tu.. hahaha

    ReplyDelete
  6. Mujur ada jugak la benda yang boleh di tambah-tambah y e kak... kalau idok kene la buat jemput2 ke apa buat tambah menu kan

    ReplyDelete
  7. Bila anak- anak ada kat rumah, memang kita x keruan la bila ada je bahan yang x cukup...

    ReplyDelete
  8. dah macam kedai macam2 menu sarapan ada

    ReplyDelete
  9. staf Cie ada sorang hantu pulut. memang dia boleh makan banyak dari kita.

    ReplyDelete
  10. Saya pun pernah begitu. Masak sedikit2 hanya utk menghabiskan stok. Tp Tak akan cukup kalau utk sekeluarga. Jadi terpaksa tambahlah sikit roti atau telur... Apalagi si sulung hantu roti. Lidah dia memang wastern sangat 😅

    ReplyDelete