Tekak kita berbeza

Ini kisah beberapa minggu sudah masa Khilfi dibenarkan untuk pulang bermalam.  Jumaat tu hari yang sangat memenatkan buat ammi dan boss di office.  Ingatkan boleh balik awal tapi kami kena sidai juga sampai ke petang.  

Ammi sampai Seremban lepas azan Maghrib berkumandang.  Abah WhatsApp suruh ammi solat je terus kat terminal sebab nak dinner kat luar je.

Taktau nak makan dimana jadi ammi kata kita makan di area Flyover Rasah jelah.  


Alip ambil Nasi with Buttermilk Chicken.  Hmmm rupa pun dah nampak tak berapa dan bila makan banyak sikit dia terus rasa mual sebab muak.  Ok...faham.  


Abah punya kuehtiow ladna.  Minta pedas tapi yang sampai tak pedas.


Kyra punya naan cheese.  Order dari kedai lain.  Sedap


Ammi punya nasi goreng kampung.  Minta pedas tapi yang sampai biasa je.  


Khilfi order nasi goreng kambing PEDAS dan macam yang lain-lain kat atas tu memang yang sampai tak pedas.  Ammi rasa tukang ambil order tu dah betul sebab masa dia repeat order memang dia sebut pedas.  Rasanya tukang masak yang tak nampak dan tak alert.

Ayat Khilfi "kenapa warna nasi goreng abang sama macam abang?".... ahaksss.


Tapi membukit betul nasi gorengnya dan semualah yang kami order memang big portion.  Portion wise ok tapi taste wise hmmm biasa-biasa je.  Boleh makan cumanya untuk nak repeat tu mungkin tak perlu kot.  Kita cuba kedai lain je gitu.

Jadi disebabkan itu tidaklah ammi letak nama kedai yang kami makan.  Cukuplah setakat kawasan di mana kami makan sahaja.  Mungkin kurang enak pada kami tapi ok dan sedap pada orang lain.

Post a Comment

3 Comments

  1. tukang masak dia jenis tak makan pedas agaknya. dia tak reti nak adjust camne rasa pedas tu ahaha

    ReplyDelete