Hampir setiap hari ammi balik kerja ada je "perkara" yang anak dara ni buat. Ada sekali tu ammi balik ammi tengok dressing table ammi dah bersusun kemas elok, takde habuk.
Ada sekali tu pulak laci anak tudung dan spentot ammi dah tersusun cantik. Ada satu bekas atas dressing table dalam bilik Alip dah kosong (itu ngeri). Mana dia humban agaknya perkara-perkara dalam bakul tu ntah. Ada masa dia buat makanan yang dia nak makan.
Hari Jumaat lepas, ammi balik kerja nampak atas table top tu dia dah keluarkan butter bagai. Lepas dinner dia pun mulalah buat kerja dia. Kita biarkan jelah dia selagi dia tak seru nama ammi. Biasanya dia seru bila dia tak jumpa sesuatu je.
Masa benda ni dalam oven ammi macam "apa benda kakak buat ni kakak? Buruk je ammi tengok rupanya". Ahaksss mak dia ni pun mulut tak de insurans. "Don't judge, ammi" katanya. Hahahaha
Dia buat cream puff.
.png)
Ini hasil tadi yang buruk dalam oven selepas dibakar. Pastu dia buat filling dia dan tampal dua puffs ni. Hmmm sedap juga. Terbayang cream puff yang ada custard filling kat dalam tu. Gambar yang dah jadi tu takde pulak dalam phone ni.
Pastu hari Isnin haritu pulak, ammi balik Alip cakap "tadi minum petang kakak buat popia carbonara. sedap tapi Alip tergigit cili".
Alhamdulillah. Dah boleh harap dah anak dara ammi ni. Sekurang-kurangnya takdelah jadi penganggur terhormat yang tak mendatangkan hasil. Berasaplah extra waktu jugalah dapur abah ammi ni, plus rajin juga mengemas.
Ada sekali ammi tengok dalam tong sampah dalam bilik ammi dibuangnya bekas vaseline ammi. Ammi tanya kenapa buang, dia kata dah habis. Haiilahhh anak....awak tak membesar dalam keadaan pakai ubat gigi sampai kene potong korek-korek, syampoo rambut kena tambah air nak habiskan sampai ke last dropnya. Vaseline tu memang dah habis tapi kat tepi-tepi botol tu ada lagi nak oooiii. Jadi ammi pun kutiplah semula.
.png)
Bebel pulak ammi ni kan... ni lah hasil yang dah digoreng. Sedap. Alhamdulillah.
Tang memasak tu semua kita happylah nampak dia produktif. Yang kita risau bil letrik nanti sebab asyik kena bekerja dia oven tu.
.png)



9 Comments
Hahaha...Ammi, memang licin botol Vaseline ni..menang memakai...
ReplyDeletebagus gini kak, seronok mak abah nya balik rumah dah kemas dah ada makanan... tang mengemas tu seram jugak kalau tetiba hilang rupanya dah dalam tong sampah besar hahaha
ReplyDeleteAmmi sama macam kak SA...pakai sampai last drop....
ReplyDeleteAkak duk risau ni...start Isnin ni Dania ada kat rumah sebulan lebih..belajar online katanya...ghisau bil naik tinggi hahahahaah....bab masak2 tu xde sangat..bab bill je...
ReplyDeleteDah lama tak buat popia carbonara. Paling rajin time PKP
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki anaknya rajin memasak dan mengemas. Ammi udah boleh jadi tai tai ni. Rehat sambil tengok Neflix dan request nak makan apa. Seronoknya ada anak perempuan macam ni
ReplyDeleteBaguslah anak dara Ammi rajin bekerja di rumah. Mengemas dan memasak. Tapi memang bila ada anak di rumah, bil api naik. Hehe..
ReplyDeleteHahahahahah gelak pula saya baca yg bersih2 nih. Adik saya pernah bilang, punya kakak pertama, perempuan pula, itu ngeriiiiii. Krn hobinya bersih2, dan dia akan buang apapun yg menurut dia tak bersih 🤣🤣🤣🤣. Sebab saya begitu.
ReplyDeleteTak ada pakai tanya, langsung buang 😂.
Eh tapi kalau bab skincare dan body care, saya memang pakai sampai titik penghabisan kak. Gunting kalau perlu 🤣
bestnya ur daughter dh terer masak mcm2 niiii
ReplyDelete