Setahun sekali memang 'sewing department' akan dibuka dirumah. Masa nilah nak menulis nama guna marker pen kat baju anak, jahit nametag kat baju.
Untuk Alip tak ada apa pun yang perlu dijahit sebab ammi tak ganti pun uniform sekolah baru untuk dia. Yang tahun lepas masih elok, jadi guna jelah balik. Kasut dan socks je ammi beli baru.
Untuk Khilfi, ada 1-2 baju perlu diganti. Baju melayu dah senteng seluarnya. Masalahnya seluar je tinggal, baju entah hilang ke mana (tangan ke bahu mata ke atas). Mula-mulakan ammi ni ke Mydin je dan kat situ ada jual baju jenama C yang popular itu dan satu lagi jenama yang ammi tak suka jenis kain yang digunakan. Yang jenama C tu elok je kainnya cumaaaaaa, dijual berasingan harga. Baju harga lain seluar harga lain. So, kalau beli jenama itu satu baju melayu sekolah berharga lebih kurang RM80 huhu.
Moh kita ke Hari-Hari jelah. Haaa kat sini satu set baru dalam RM46 je dengan kualiti kain yang lebih kurang sama macam jenama C. Lagipun baju melayu bukan pakai setiap hari. Pakai tiap Jumaat je itupun kalau dorang tak ada aktiviti luaran. Kalau tidak memang pakai baju riadah je.
Baju riadah pun bertukar warna sebab tahun ni dia dah berada di menengah atas. Dah kategori abang-abang senior. Baju dari warna oren tukar ke warna hitam. Jahit lencana dibaju melayu senang je sebab jahit kat poket. Bila di t-shirt huhu...kebulan perginya.
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)


9 Comments
tu lah kisah mak ayah bila anak-anak nak masuk sesi baru, segala mcm hal hehehe
ReplyDeleteDana malam tadi baru tampal lencana dan nametag aiyan... mujur sempat beli yang macam double tape tu... iron je melekat. Seluar pakai yang lama cuma itulah baju melayu kene tempah dengan tokmi nya. Cari kat hari2 pun tak jumpa saiz
ReplyDeletePart ni la mak- mak boleh bertukat jadi hijau dan pelbagai warna lain..akak bab ni memang failed
ReplyDeleteMacam2 kisah sekolah anak2 yang kita boleh share. Nanti anak2 boleh baca. Zaman kita dulu mak kita tak tulis blog jadinya taktau la gelagat kita macam mana kan.
ReplyDeletedepartment sy x buka lg ammi.. hahaha... sbb mgu dpn kn br guna full uniform so lmbt lg la nk menjahit nametagnya.. haha
ReplyDeleteMZ dulu2 gigih jugak jahit sendiri wpun kdg2 senget, tapi lately memang antar kat tukang jahit ajer hahahah zero stress gitu!
ReplyDeleteskil menjahit setahun sekali ye Ammi :)
ReplyDeleteSama lah sebelum ni, mesin jahit keluar sebelum naik sekolah
ReplyDeleteKalau buku teks batch Dania ni seronok sebab selalu akan dapat buku baru sebab silibus terbaru je mesti start dengan batch Dania samada sek ren atau sek men. Dah dapat je buku terus balut plastik.
ReplyDelete