Jumaat lepas ammi kerja. Jumaat ni pun mungkin perlu datang kerja juga sebab ehhhh suka pulak sekarang ni Mahkamah tetapkan kes untuk didengar pada hari Jumaat. Secara fizikal pulak tu. Aishhhhh.
Ammi cakap ngan boss yang ammi nak bawak Kyra datang office sebab lepas kerja nak pergi berjalan berdua mengukur mall. Dari mula TRX dibuka dia macam sibuk nak pergi. End up hari Jumaat tu, tak jadi pun pergi TRX sebab bila dia buat search macam "tak sesuai" katanya TRX tu dengan poket dia. Dan poket ammi juga. Maka dia pilih untuk ke MyTown.
Lebih kurang lepas Zohor ammi dah keluar dari office sebab dah lapar nau rasanya. Pagi ammi macam biasa tak breakfast cuma minum black coffee je. Sampai je MyTown tu terus cari tempat makanan. Kyra nak makan sushi tapi sebab ammi ternampak kedai jual nasi (nasi daun pisang lak tu) ammi terus rasa nak makan nasi. Sebagai anak yang baik dia mengalah. Kitorang gi makan kat Bananabro.
Chicken varuval tu sedap. Sotong tu pun sedap juga tapi bila semakin penuh perut semakin muak pulak rasanya. Sebab bergoreng dengan tepung kot kan.
Alhamdulillah....lama ammi tak makan nasi daun pisang ni. Masa ambil gambar ni sopan je kari atas nasi ammi tu kan? Selepas di'gambar'kan huhuhu...bak kata makcik ammi dulu "itik pun boleh berenang dalam pinggan si Shila ni". "Mi, kalau kakak nak mintak tambah nasi macam malu tak?"... hahahah baru dia tau penangan sedapnya makan atas daun pisang ni.
Selesai makan, mohlah kita mengukur mall ni.
Ammi nampak
SSF jadi mohlah masuk jap. Ammi konon nak recce harga pokok hiasan. Sekali ehhhh kitorang terseronok pulak berlama-lamaan kat situ. Besar juga SSF ni siap ada showroom macam Ikea (taklah sebesar Ikea) tapi ni kategori showroom harga mampu milik.
Alhamdulillah, sebab ammi dah makan kari tadi ammi dah hampir sama tinggi dengan anak ammi.
Caya ke? Janganlah percaya. Saya beriya menjengket masa nak ambil gambar kat atas tadi. Sakit pulak jadinya jari saya tau. Saya ingat saya ada bakat tip toe macam ballerina. Ko dah size XXL pastu sibuk nak tip toeing...mujur tak patah jari kaki.
Masa keluar dari SSF kami tak beli apa-apa walaupun Kyra macam berkenan sangat dengan small rug. Siap imagine nak letak kat belah mana dalam bilik dia. Sebab jam pun dah hampir ke pukul 6 jadi kita carilah tempat solat dulu. Sekali bila keluar dari surau, ammi ajaklah dia gi balik ke SSF tu. Kita hadiahkanlah dia karpet comel ni.
Gembira beliau. Harga asal carpet kecik ni RM109. Tapi kalau kau jadi ahli cuma bayar RM70 je. Membership fee RM20. Jadi terus jelah ammi jadi member, next time kalau nak beli lagi jimat banyak woo. Sebab macam banyak benda je yang berkenan kat hati. Mengenangkan kita datang naik public transport je tu yang ku simpannnnn je hajat di hati.
Yang dia ni pulak, tiap kali masuk showroom dia buat video hantar kat abah dia. Siap bagi suggestion kalau kita beli ni nak letak kat mana. Lantaklah urusan dua beranak tu.
Lebih kurang pukul 7 mohlah gerak balik. Singgah beli air kat
Zus, pastu singgah solat di
MRT Cochrane sebelum kita teruskan naik MRT ke Kajang.
Alhamdulillah sekitar 9.15pm kami dah sampai
Seremban. Ahhhh letih betul berjalan harini. Kenyang makan nasi daun pisang tu memang sampai ke malam.
8 Comments
Lamanya tak makan kat bananabros. Nampak menarik pulak offer tu. SSF tu memang cantik2 barang hiasan rumah dan furniture kat situ. Seronok spend masa ibu dgn anak ye
ReplyDeleteCie sekali makan bananabro tu rasa muak terdampar kekenyangan. Teringin sekali sekala boleh la.
ReplyDeleteJenuh nak perabih nasi dia..camne Kyra boleh nak tambah lagi
ReplyDeleteMZ tak pernah try mkn nasi atas daun pisang tu...sbb my hubby kan tak adventurous bab2 mkn, my boys plak more to western or japenese/korean food, anyway, carpet tu nice sgt! best kan dpt beli dan buat yg tersayang happy! suka tgk bonding ammi and ur daughter...MZ tak de daughter tp alhamdulillah happy ajer with my boys ;)
ReplyDeletebestnya time blogwalking dapat tengok kwn2 blogger update pasal makanan..nsb sha dah makan ya kalau tak kruk-kruk perut dibuatnya..hihi..tapi makan nasi atas daun pisang is teh best,,wangi dan rasa jadi sedap kan..done klik iklan
ReplyDeleteCantiknya karpet baru Kyra..best kan mom daughter day out...lama x buat ngan Nia...nanti la..doa2 la dapat bonus bulan 3 nanti...dengar macam xde..tapi mustahil kan...
ReplyDeleteSyoknya masa terisi satu hari ye . Karpet tu cantik. Jimat banyak juga ye kalau jadi member.
ReplyDeleteAiiiih saya padahal sempat lewat bananabro pas November itu. Tapi memang baru habis makan, jadi tak sanggub lah nak makan di sana juga 😄. Blm rezeki. Nantilah kalau ke KL lagi.
ReplyDeleteTRX ini suami saya saja yg pernah masuk. Itupun Krn nak cari sepatu. Saya tak ikut waktu itu. Padahal penasaran juga mau lihat dalamnya seperti apa . Dan ada 1 brand favorit saya yg hanya ada di TRX.