Jumaat lepas ammi kerja sebab boss ammi ada kursus.
Pagi masa nak mandi tu Ya Allah, punyalah sejuk air. Dalam bus pun satu hal pulak. Sejuk sungguh. Dah pakai shawl, pun masih tak mampu nak kurangkan kesejukan. Teringat dalam bag ada socks. Kita keluarkanlah socks. Sekali bila nak pakai ehhhh dua-dua utk kaki sebelah kanan tapi pakai jelah asalkan tak cramp jari kaki dalam bus.
Ni lunch ammi. Makan roti sapu butter je. Butter tu kan, butter boss yang dia parking dalam peti ais sejak dia belum kahwin. Bos kahwin pun dah 2 tahun. Ammi check, takde kulat bau pun ok lagi kita belasah jelah guna.
Tapi korang, janganlah tertipu ammi makan itu aja.
Ada ni ha protein lain yang ammi bawa dari rumah. Buat mushroom scrambled egg letak Bon Cabe Level 50 yang Fanny bagi haritu. Berlagak betul ye bila sebut level 50 tu. Yelah level paling max kot. Gila tak berlagak. Tapi ammi letak sikit jelah buat-buat rasa gitu.
Ha nampak? Max End katanya.
.png)
Pastu marilah makan sambil menikmati hujan diluar. Misi road to 55kg telah semakin kelam dari pandangan. Berat terkini 63.2kg. Jauhhhhhh betul perginya.
Hari Jumaat, dalam pukul 4.40 petang baru ammi keluar office sebab perkara utama yang ammi buat dari pagi masih berlanjutan tak sudah-sudah. Sakit pulak jiwa kita. Ammi macam "ah lantaklah situ, ammi nak balik juga. Ammi monitor je lah dari handphone".
Dah masuk azan Isyak pun ammi masih dalam bus. Tak memasal je kena qada' solat Maghrib. Letih woooo tapi balik tu gigih jugalah siapkan kek batik yang anak dara ammi request.
Nah ambik, dari cerita mandi gigil-gigil, bawa ke stokin, bawa ke roti, masuk ke cili terus membawa ke naik bus. Macam biasa je kan perkara gini berlaku kalau kita jumpa kawan-kawan yang satu kepala. Semua topik kita "bincang" sekali harung.
.png)
.png)
.png)



9 Comments
nampak makan lunch itu je, boleh road to 55kg tu... linda berat sikit dari ammi
ReplyDeleteSenang gitu sekali harung cerita. Tapi yang tak senangnya kita nak komen part mana satu entah. hihi...
ReplyDeleteSaya suka buat omelette guna butter dan tabur garlic powder dan blackpepper. Sedap juga. Kenyang makan dengan roti.
Boleh lagi tu Ammi road to 55kg.
Senang sekali jalan ye....akak pun sampai lambat Jumaat lepas...
ReplyDeleteMZ lagi berat few kilos dari ammi..ni slow2 start clean eating ni..moga2 berhasil laaa...lemak2 degil semuanya pyh nak ilang adoyai
ReplyDeleteSenang cerita sekali harung ni, hihi.
ReplyDeleteJangan target 55 kg, target 65 kg pasti cepat tercapai.
ReplyDeleteSama la kita road to 55kg sejak tahun bila entah tak capai2. Kita cuba bulan puasa nanti jela ammi 😆
ReplyDeleteSama la kite road to 55kg jugak ni.. hehe.. tp tu la beberapa hari ni asyik makan berat lewat je.. Jumaat lepas mmg hujan tak berhenti. Sejuk...
ReplyDeleteEh socks kanan semua, maksudnya yg jenis ada jari2 kakinya ya kak? Kalau socks biasa seingat saya kan kanan kiri oke 🤣..
ReplyDeleteSaya juga sering begitu. Kalau makanan exp, biasa saya akan cek berjamur tak, baunya berubah tak, kalau aman, makan jeblaah ðŸ¤. Apalagi tin. Biasa itu akan awet lamaaaa. Walaupun ditulis exp berapa, tapi dalam tin kan tak kena udara luar sedikitpun.
Lagian guru saya pernah cakap, best before itu belum tentu expired 😂. Kan maknanya sebaiknya dikonsumsi sebelum tgl yg ditulis ðŸ¤
Coba tabur ke Maggie rebus lah si bon cabe tuh, mantap langsung berair hidung 🤣