Perjalanan ilmu

19.12.2025, inilah tarikh terakhir Kyra Saffiya sebagai pelajar sekolah menengah.  Selepas ini insyaallah kakak akan kembali ke sekolah ini tapi hanya untuk ambil keputusan peperiksaan SPM.

Ammi terasa nak recap perjalanan Kyra sepanjang bergelar anak murid.    


Pertengahan 2012 baru abah ammi masukkan kakak ke Taska Permata Fitrah.  Waktu ni usia kakak baru 3 tahun 4 bulan.  Itu pun sebab kami saja je ke sekolah tu untuk bertanya tapi cikgu kata boleh je daftarkan masuk.  Dan begitulah permulaannya.  November 2012, inilah dia convo pertama kakak.  

Tahun 2013 - 2014 abah ammi pindahkan kakak ke Little Caliphs.


Bersama Teacher Fiza, salah sorang cikgu yang paling kakak sayang di LC.


Walaupun birthday kakak bulan 12, tapi kakak minta abah ammi belikan kek di bulan November dan kami belikan.  Kalau boleh tiap bulan kakak nak kek.  Hmmm.


2.1.2015 - Hari pertama kakak sebagai pelajar tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Desa Tasik.  


Waktu kakak darjah 3 dan abang baru je masuk darjah 1 di sekolah yang sama.  Poyo betul ek adik kakak masa tu.



Ini masa kakak darjah 4.  Peperiksaan pertengahan tahun kakak dapat keputusan yang sangat-sangat teruk.  Berada di tangga ke-5 dari bawah.  Ammi ke kelas kakak berjumpa cikgu, dan cikgu tu sendiri kata "I myself couldn't believe Puan, when I marked her paper and she got D for her English.  Bila saya soal siasat dia tak baca pun soalan, dia cuma main lambung dadu je".  Cikgu tu ammi pun terlupa namanya cakap "I hope, she is okay at home.  Kalau perlu kami boleh hantar dia untuk program kaunseling".  

Tapi, selepas ammi brainwash kakak, akhirnya di peperiksaan akhir tahun kakak perform semula.  Kakak pun dapat Hadiah Peningkatan Akademik Terbaik.  Dari nombor 35 kakak terus lompat ke nombor 9 dalam kelas.


Satu-satunya waktu ketiga-tiga anak ammi berada dibawah bumbung yang sama dan sama-sama bersiap untuk kesekolah.  


Pernah dipinjamkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil untuk jadi player netball mereka mewakili Zon Bangsar/Pudu.


Temuduga demi temuduga kakak attend tapi satu pun tidak berjaya.  Dan berakhirnya kakak ditahun 6 pada tahun 2020 tanpa sebarang majlis perpisahan, tanpa majlis konvo seperti batch yang lain.  

Gagal temuduga di SBP, MRSM, SMiSTA tapi akhirnya kakak dapat juga tawaran ke Kelas Aliran Agama (KAA) di Sekolah Menengah Bandar Tasik Selatan.


4.4.2021 - tarikh pertama kakak mendaftar di asrama.  Abah dan ammi cuma dapat hantar kakak di bawah asrama sebab tiada ibu ayah dibenarkan untuk naik ke dorm anak.  Bayangkan perasaan ammi waktu itu.  Ammi serahkan segala-galanya untuk kakak uruskan sendiri dengan bantuan kawan sedorm dan kakak senior yang lain.


2022 - kakak terpilih menjadi pengawas di sekolah.  Alhamdulillah.



Pernah muncul wajah kakak di laman IG Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Pendidikan pada waktu itu.  Kakak masih kekal sebagai conductor untuk bicara berirama.  Tak kisahlah choral speaking, kalam jamaie mahupun bicara berirama memang kakak selalu jadi conductornya.

2023 - abah ammi pindahkan kakak ke Sekolah Menengah Dato' Sheikh Ahmad di Seremban dan masih berada di kelas aliran agama setelah lalui tapisan oleh guru HEM.  Sepatutnya belajar KAA perlu tinggal di asrama tapi waktu itu tempat di asrama adalah penuh.  Jadi berpeluanglah kakak duduk di rumah selama 1 tahun.

Sewaktu ditingkatan 3, kakak masih tak henti mencuba untuk tempatkan diri di sekolah berasrama penuh.  Panggilan pertama dan kedua gagal.  Kita cuba dengan rayuan, masih gagal.  Tapi bila Allah kata itu hak kamu, maka itu memang hak kamu.

19.6.2024 - abah ammi dan mandak Umi hantar kakak ke Sekolah Menengah Sains Segamat.  Alhamdulillah, Allah answered all our prayers.


Disaat pelajar lain terus je tinggal di sekolah lepas pendaftaran kakak diberi kelonggaran untuk balik sebab kakak perlu terbang ke Langkawi bersama kawan-kawan cemerlang lain di Sekolah DSHAH.  


23.6.2024 - Abah ammi hantar kakak ke sekolah semula.  Bukan tak pernah masukkan kakak ke asrama tapi Johor dan Seremban terasa jauhnya.  

Sidang bertulis SPM bermula pada 25.11.2025 dan kertas terakhir yang juga kertas paling "membunuh" berlangsung pada 15.12.2025 dan hari ini officially anda adalah penganggur.

2012: Taska Permata Fitrah, Bandar Tasik Selatan
2013 - 2014:  Little Caliph, Sungai Besi.
2015 - 2020:  Sekolah Kebangsaan Desa Tasik
2021 - 2022:  Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan
2023 - 2024:  Sekolah Menengah Dato' Sheikh Ahmad, Seremban
2024 - 2025:  Sekolah Menengah Sains Segamat, Johor.

Begitulah perjalanan anak sulung abah ammi sebagai pelajar.  Lepas ni buatlah catatan sendiri ye.  Kejarlah cita-cita kamu.    

Post a Comment

12 Comments

  1. Panjang lagi perjalanan kamu kakak Kyra, terus usaha bersungguh- sungguh kejar impian kejar cita- cita dan terus banggakan ammi abah ye....

    ReplyDelete
  2. Tamat sudah sesi sekolah, next pengajian tinggi pula..semoga kakak terus aktif & sukses di dunia & akhirat...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..separuh perjalanan belajar tu dah habis...mudah mudahan yang terbaik untuk kakak..aamin

    ReplyDelete
  4. Semoga terus melangkah dgn jayanya. Tempoh pelbagai cabaran
    Kakak 👍👍👍👍👍
    Aaminn

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dah selesai perjalanan kakak di sekolah..moga sentiasa cemerlang untuk akan datang
    sebak rasa bila tengok anak2 dah habis sekolah,terbayang anak sendiri nnt,cepat sgt masa berlalu

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, ini baru betul org cakap, semoga ada manis-manis.. mmg manis di akhirnya walaupun ada ups & down di pertengahan... aktif la Kyra, netballer lg, choral speaking lg, konduktor pulak tu.. semua terus berjaya di peringkat IPT pulak lepas ni Kyra.. tahniah ye proud parent abah ammi

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..what a journey kan...alahai, aku lak berair mata baca...
    geng Iris ni..batch 08...PKP, x de UPSR....mcm2 la kan
    now..tunggu result je la kan, moga yg baik2 utk mereka..aamiin.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dah selesai alam persekolahan. Selepas ni masuk alam IPT pulak yang penuh dengan dugaan & cabaran. Semoga yang baik2 aje.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah , kak ana doakan semoga perjalanan ilmu kakak Kyra akan terus cemerlang di masa hadapan, aamiin

    ReplyDelete
  10. Pernah main netball untuk SK Bukit Jalil? Sekolah Dania tu :). Buat kenangan kan....dah habis dah Ting 5. Lepas ni dapat result dan teruskan perjuangan di IPT pulak.

    ReplyDelete
  11. sweetnya entry ni...tak pernah terfikir nak buat content gini...so sbb zharfan dh kat uni...may be kalau MZ rajin, bolehlah MZ buat entry gini utk ariff lps dia abih spm tahun dpn ;) anyway, all the best utk kyra! moga dpt straight A dan dpt masuk uni yg best!

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah ..selesai alam persekolahan.. lepas ni alam IPT pula. InshaAllah... Semoga Kyra terus cemerlang di masa mendatang . Aamiin...

    ReplyDelete