Memori lama

Semalam mendung je cuaca. Lepas sarapan mood pun mendung je nak buat kerja rumah.  Jadi kita duduk-duduk jelah layan telefon.

Facebook keluarkan memori 28 December.  Banyak betul memori merapu dulu-dulu yang keluar.  Tapi kita share semula yang ini jelah. Yang lain tu memalukan betul.  Huhu.

Ammi ni sebenarnya nak buat update semalam lagi dari phone.  Ammi dah compress gambar bagai tapi ehhh dia tak boleh pulak nak upload gambar.  Gedik eh.



Mereka rapat sangat dari kecik.  Dalam kereta walaupun dah dibaringkan seat belakang tu tetap juga nak tidur berhimpit camni.  Sekarang ni pun kadang-kadang berhimpit juga main phone atas katil kakak.  Bukan berdua, kadang-kadang bertiga.  Kadang-kadang dengan kucing sekali.  Hukalohhh.  Katil kakak tu size single je pun.

Semoga teruslah kekal rapat ye anak-anak.  Tapi sekarang tak perlulah tidur gaya camni ngan kakak.  Ammi hempok je karang.  



Hahahha benda camni pun ko nak merempan kat Facebook ek Sharmila?  Tak faham betul.  Tapi kalau fikir semula orang sekarang tak merempan kat FB tapi dorang sikit-sikit up kat Thread.  Thread tu nanti boleh keluarkan memory macam kat FB ke ek?  Kalau ada mesti malu kan baca posting sendiri.

Post a Comment

10 Comments

  1. Tidur gaya burger. Aaarrrcomel~

    ReplyDelete
  2. saya suka baca thread heheh tgk2 abih masa gitu ajer haishhhh

    ReplyDelete
  3. alalalala...comeynyaaaa...
    nieyl suka letak dekat IG ngan FB je..
    sbb tak layan Thread setakat ini..

    ReplyDelete
  4. dekat Thread, kadang tak tahu la benda tu real ke tak.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Boleh pulak kakak kat bawah tu tidur nyenyak dah kena hempap dengan si adik 😅

    ReplyDelete
  6. Hahahahahah postingan zaman dulu memang kdg buat malu kak. Macam tak percaya kita pernah membuat itu kan 🤣🤣🤣🤣.

    ReplyDelete
  7. Hahahaha.. Sha pun ada ja memori merentan macam Ammi ini.. Bila tengok balik memang kelakar.. kikikiki..

    ReplyDelete
  8. Cute jer gaya tidur masa kecik-kecik.
    Ada juga memori fb. Saya kurang upload. Bukan saja di fb, di thread lagi la tak pernah.

    ReplyDelete
  9. Thread Cuya tk join. Malas la banyak2 medsos. Yg sedia ada pon tk terpakai hah

    ReplyDelete