Hari dak Alip

Khamis lepas ada Hari Apresiasi Kecemerlangan di sekolah Alip.  Dia tak terlibat untuk terima hadiah untuk sekolah pagi tapi dapat hadiah untuk pencapaian di sekolah KAFA.  Pastu keluarlah ayat tak puas hati dia.  "Alip dah usaha sampai dapat markah penuh untuk Bahasa Arab, tapi kenapa Alip tak dapat hadiah untuk subjek ni.  Cikgu tak adil".  Frust member sebab tak dapat apa-apa untuk sekolah pagi.  

Its okay.  "Mungkin yang dapat pencapaian subjek bahasa Arab terbaik tu markah dia sama macam Alip tapi tulisan dia cantik.  Tulisan Alip tak cantik sangat.  Lepas ni cantikkan tulisan tu", pujuk ammi.  Entahlah boleh ke tidak pujuk cara camni...tiba-tiba tak tau nak pujuk camna. 

Parents tak dapat jemputan untuk turut sama.  Jadi ammi screenshot dari live yang cikgu buat je.



Tak nampak pun reaction muka dia sebenarnya.  Tapi tak apa, ammi tetap nak screenshot.


Balik rumah kita suruhlah dia pose lagi sekali.  Tanya dia mana pergi bouquet yang dia dapat.  Jawapan dia "itu makanan je semua, jadi Alip dah makan dengan kawan-kawan".  Ok fine janji ada ayat makan dengan kawan-kawan.  Jangan makan sorang-sorang depan kawan, kesian kawan yang tak dapat nanti.

Dapat tempat kedua untuk percubaan UPKK di kelasnya.  Sekali lagi ayatnya "Alip pun dapat 9A tapi kenapa dapat tempat ke-2".  Aduhhhhhh.  Jawapan ammi "Alip dapat A, tapi ada yang tak dapat markah 95 ke atas, mungkin kawan Alip tu dapat banyak 100".  Dia dari darjah 3 selalu berada di belakang girl yang dapat nombor 1 ni.  Girl ni memang jenis yang score sekolah pagi petang juga.

Usaha lebih keras lagi Khalif Syafiq untuk subjek teras sekolah pagi tahun depan.  Rasa macam nak carikan dia tuition untuk kelas Bahasa Melayu.  Boleh tahan macam warga asing baru masuk Malaysia juga bahasa dia ni.

Post a Comment

10 Comments

  1. Apapun tahniah Alip!!! Jadikan motivasi utk dptkan top scorer tu di thn hadapan k

    ReplyDelete
  2. Ayat last tu buat SA gelak...alahai anak...nanti akan tiba nama Alip plak ye..aunty SA doakan tau...

    ReplyDelete
  3. Semoga sentiasa cemerlang dik di dunia dan akhirat. Aamin

    ReplyDelete
  4. Semoga terus berjaya! Jenuh nak menjawab persoalan tu.

    ReplyDelete
  5. Hehe... Tahniah Alip. 👏👏👍

    ReplyDelete
  6. Tahniah Alip.. Mencabar juga ye nak menjawab soalan macam tu..

    ReplyDelete
  7. Ala comel la Alip .. . Congrats 👏🏻👏🏻👏🏻

    ReplyDelete
  8. congrats alip! moga terus cemerlang!

    ReplyDelete
  9. Tahniah Alip..
    Anak hebat ni... semoga terus cemerlang ya.

    ReplyDelete