Minggu lepas tiba-tiba dapat memo daripada Sarana Superisme kata hujung minggu anak-anak dibenarkan pulang pilihan. Kebetulan Khilfi call dan dia kata nak balik. Jumaat pagi tu ammi buatlah kerja office apa yang patut dan kemudian pergilah teman abah jemput Khilfi.
Balik dari Melaka, singgah gi beli bahan untuk kek batik Kyra pastu ammi buatlah apa yang patut.
Hari Sabtu kami ada kenduri di Seremban dan memang dah cakap dengan Kyra kita akan sampai lewat sikit. Suruh dia lunch sesiap di dewan makan. Nanti kita gi makan-makan petang je.
Outing terakhir anak ammi si pejuang SPM2025. Hari ni sedang berlangsungnya paper Biologi. Semoga Kyra Saffiya dan semua anak-anak batch08 yang mengambil pure science dapat jawab dengan baik.
Sambil-sambil tunggu acik paging nama Kyra, ammi pun bajetlah godek-godek kamera telefon ni. Ammi ni kan, tak kiralah berapa canggih pun camera kat telephone tu, tetaplah begituuuuuu je hasilnya. Kaku dan kayu je hasilnya. Kurang berseni tangan ammi walaupun masa SPM dulu seni dapat A1. Ammi rasa dapat A1 pun sebab kerja khusus yang ammi pilih adalah buat "ukiran kepala kerusi". Ko anak tukang kayu kotkan.
Anak yang sentiasa murah dengan senyuman bersama barang-barang yang dia nak hantar pulang awal. Samakan organizer dia macam Fiza punya.
Yang dirindui, bila nampak je bayang kakaknya terus keluar kereta dan sambut. Saling merindu tapi malu nak cakap.
Plan nak makan Yong Tau Foo, pergi ke lokasi tu tapi ehhh belum buka lagi. So, kita ke Texas jelah. Next kami ke Segamat 19.12.2025 untuk jemput Kyra for good. Pastu mungkin masa ambil result SPM. Harap-harap adalah kesempatan nak makan di tempat yang kami nak cuba ni.
Masa lalu di Kuala Pilah nampak kedai yang jual kuih sopang ni dah beroperasi. Selalu bila kami lalu sama ada terlalu awal atau terlalu lewat.
Selesai makan, pergilah ke Watson cari deodorant dan pencuci muka Kyra. Kalau dia cakap awal boleh ammi bawa deodorant yang ammi beli masa sale 11.11 haritu.
Pastu ntah apa-apa video dorang bertiga ni buat dalam kereta. Bila tengok balik alahaiiiii, anak-anak yang abah ammi sayangi, jagalah dan hargailah hubungan akrab kalian walaupun kalian dah berkeluarga kelak.
By 5pm kami dah gerak balik ke Seremban semula sebab bagilah can kat Kyra rehat. Malam hari dia ada kelas lagi untuk subject Kimia & Biologi.
Insyaallah, selepas hari ini, tinggal 1 je lagi paper 'membunuh' untuk dia hadap. Cikgu pun awal-awal dah share jadual kelas tambahan Addmath untuk anak-anak.
Merah menyala merata-rata itulah kelas tambahan untuk Addmath. Berjuanglah anakku. Ammi tak harapkan pun kakak bawa balik A+ untuk subject yang kakak rasa sangat susah ni. Kakak buat je sehabis baik yang kakak boleh. Ammi yakin dengan kemampuan Kyra sebab abah selalu cakap dengan Alip untuk bagi dia semangat "kakak selalu buat comeback".
Minggu ni boleh buat final outing di sekolah Kyra, tapi kami pilih untuk tak pergi. Insyaallah, kita jumpa 19.12 nanti ye girl.

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)



11 Comments
good luck kyra untuk pepr yang masih berbaki.. dulu2 nak letak nama kak M "Maryam Saffiya".. tapi jadi "Maya Syafiqah" pula.. hihihi.. sebab rasa nama tu macam arabic sangat, tengok muka kak M masa baby takde arabic sangat..macam tak sesuai pula.. hahaha...
ReplyDeleteRindu bila berjauhan, bila dekat maluuu...sbb masing2 dah besar kan..
ReplyDeletesemoga kakak berjaya dan dipermudahkan semuanya..
Good luck. Seram nengok Add Maths tu. Ramai cakap subjek yang susah tu. Kalau ada yang score memang betul2 power tu.
ReplyDeletetak lama je lagi kan...lepas tu boleh la Kyra lepak kat rumah rehat, partime kalau rasa nak partime...sambil2 tunggu result..itupun kalau abah and ammi bagi...
ReplyDeleteGood luck Kyra. Sikit je lagi nak habis..
ReplyDelete
ReplyDeleteGood luck Kyra. U can do it! Aunty doakan Kyra & Abang sama² cemerlang SPM hendaknya aamin 🤲🏻
ala ala..seronok nya bila tiga2 berkumpul ye... all the best to Kyra, Iris tinggal paper acc minggu depan...dia dah counting days nak merdeka dah...
ReplyDeleteKakak yang menceriakan.
ReplyDeleteGood luck Kakak Kyra... siiiikiiittttt lagi!
sedapnya nampak kuih sopang tu.
ReplyDeleteprincess LM tamat spm 23 hb. harap dia baik baik je kat asrama tu. bukan tiap hari dia dapat call rumah. huhu
Good luck untuk anak-anak yang masih berjuang dalam SPM 2025 ini. First time dengar pasal kuih sopang. Kena buat siasatan nanti ni
ReplyDeletelps ni debaran menunggu result spm plak...fuhhh memang mak2 akan memanjang jer nervous mode
ReplyDelete