Sehari sebelum berakhirnya sesi persekolahan 2025, sekolah Kyra buat Farewell Dinner untuk meraikan anak-anak Warrior2425.
Setiap bulan sejak dari awal tahun haritu kami parents Warrior2425 dah buat collection RM30 seorang untuk persediaan setiap aktiviti sekolah yang melibatkan anak-anak kami. Duit ni sebenarnya untuk bahan bantuan mengajar, program tambahan, makanan tambahan waktu kelas tambahan dan seperti dipersetujui sekiranya ada baki kita guna untuk farewell dinner.
Untuk dinner ni ada juga makanan tambahan yang ditaja oleh parents. Bukan itu saja, artis pun ada yang taja juga. Terima kasih pada parents yang sudi menaja.
Nilah artisnya, Aqmal Daniel pemain violin. Ammi tak kenal tapi kalau dah percuma why not.
Mereka tiada majlis convocation, pakai graduation robe macam sekolah lain yang dah ada tabung besar untuk program besar. Tak apa, masuk U nanti pakailah robe tu ye.
.png)
Ehhh, bergurau pulak atas pentas ye? Hmmm.
Orang lain duduk diatas, udah kenapa kamu sorang duduk di bawah anakku?
Seminggu sebelum majlis dia call minta ammi poskan baju kebaya ammi untuk dia guna masa majlis. Dia pernah pakai baju tu dulu. Ammi pun macam ok, cari semula baju tu dengan tudung yang sesuai. Sekali bila ammi ukur hmmmm dia ni beza lebih kurang 10-11cm juga dari ammi. Ammi punya kain tu kalau ammi pakai ammi lipat sekali je. Agak-agak kalau dia pakai confirmlah senteng kain tu.
So, bincang dengan abah, ammi pun lelaju scroll tiktok dan order je baju murah-murah. Dah order, ammi deal dengan seller minta tolong hantar ke sekolah tu paling cepat yang boleh. Dan Alhamdulillah, hari Rabu both baju dan tudung dah selamat sampai.
Jadilah ek baju RM29 dengan tudung RM13 untuk dinner. Pada ammi kalau badan masih lawa, ko pakai baju RM3 pun akan tetap nampak lawa. So, sila jangan mengembang macam belon ye Kyra Saffiya.
Alhamdulillah, berakhir sudah semuanya.

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)


7 Comments
Alhamdulillah berakhir sudah sesi persekolahan 2025.. Farewell dinner ni menjadi kenangan. Meriah suka tengok..
ReplyDeletetamat sudah sesi sekolah 2025...lps ni pengalaman baru ke university plak
ReplyDeleteAlhamdulillah and all the best for your future undertaking Kyra ❤️
ReplyDeleteTinggi lampai macam Kyra pakai apa pun lawa
Alhamdulillah...rezeki anak-anak sekarang...semoga terus cemerlang membangun negara tercinta
ReplyDeleteYeay..tamat dah sessi persekolahan 2025..nanti kembali untuk ambil keputusan exam plak ye...
ReplyDeletekurus tinggi kyra ni, boleh jd model!
ReplyDeleteAla..terasa kita mengembang macam belon tu
ReplyDelete