Abu Ubaidah

Tidak dipandang dunia
Namun ketahuilah
Namamu disebut di langit sana

Petah kata-katamu
Wahai pejuang agama
Menggerunkan musuh yang durjana

Resahnya di dalam hatiku
Menantikan khabar tentangmu
Hanya doa yang mampu ku kirim
Moga Allah lindungi dirimu

Singa Allah kau Abu Ubaidah
Terpancar keikhlasan darimu
Di sebalik wajah yang tertutup
Pejuang agama di akhir zaman

Sungguh malu kami kepadamu
Kami di sini penuh leka
Di saat kau berjuang untuk agama
Maafkan kami wahai sang perwira

Dari Gaza menuju ke Syurga
Berkorban segala-galanya
Demi pertahankan Al-Aqsa
Namamu kan menjadi sejarah


Pada 29 Disember 2025, Media Brigade Al-Qassam telah mengesahkan syahidnya Abu Ubaidah beserta pucuk pimpinan Brigade Al-Qassam yang lain.

Post a Comment

12 Comments

  1. moga arwah ditempatkan di taman syurga...

    ReplyDelete
  2. al fatihah buat mereka... syurga dah tentu untuk mereka...

    ReplyDelete
  3. Selamat berehat wahai pejuang

    ReplyDelete
  4. Sedihnya , tapi mungkin bagi beliau sudah selesai perjuangannya , insya Allah surga untuknya 😭❤️❤️.

    ReplyDelete
  5. al fatihah .. moga dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..aamiin

    ReplyDelete
  6. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di taman syurga.. Aamiin.. Aamiin..

    ReplyDelete
  7. Hebat betul perjuangannya. Allahuakbar..

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah meletakkan dia bersama orang orang beriman. Aamin

    ReplyDelete