Khamis minggu lepas ammi borak-borak dengan boss di awal pagi. Okkkk tipu. Taklah awal pun sebab boss sampai pukul 10 lebih. Kitorang kalau borak dari satu topic boleh berjangkit ke topic yang lain.
Tiba-tiba termasuk topic 'tak membuang'. Perut ammi jadi kembung minggu lepas sebab ammi tak membuang for almost 4 days. Minum susu, makan buah semua tak jalan. Nak kentut pun risau takut lain macam je nanti baunya.
Pastu boss cakap dia pernah makan satu ubat ni untuk lancarkan pembuangan dan katanya nanti dia balik dia ambik gambar ubat tu.
Kejap tu dia ada appointment di luar dan bila dia balik semula, bukan gambar yang di bagi. Sekotak terus dia hulur.
Boss kata kalau makan ubat ni make sure ko tak ada apa-apa appointment kat luar or else lain macam jadinya nanti.
Ammi makan ubat ni Khamis dalam jam 9 malam gitu. Esoknya Jumaat ammi tak kerja jadi tak kisahlah sangat. Sampai ke pukul 9 pagi tak ada apa-apa yang berlaku. Ammi macam, "eh takkan nak kena gi jumpa doctor pulak". Lepas sarapan semua ammi bermalas-malasan baring sambil main game kat handphone dan dalam pukul 10 pagi baru terasa macam ada ribut kat dalam perut. Ribut yang tiba-tiba je uolls.
Dannnn Alhamdulillah. Akhirnya. Tak perlulah diceritakan apa yang terjadi. Lepas makan tengahari ada lagi panggilan itu. Lepas tu ammi cuba makan biskut sikit tengok...clear.
Mujur ribut itu datang diawal jam 10 pagi. Kalau lewat sikit boleh gak letak tajuk sama macam lagu kumpulan Sweet Charity, Ribut 10.59 pagi.
Dan marilah kita membeli belah di ST Rosyam Mart. Ammi nak mencari barang untuk dibawa ke sekolah Kyra.
Ammi membayangkan kalau ammi yang kerja kat sini dan kena pakai tudung warna shocking yellow ni. Umangaiiiiii apolah agak eh ghoman eh kan?
Kyra request menu yang sama macam masa ammi melawat Khilfi minggu sebelumnya. Maknya hantu pulut, habis sampai ke anak-anak pun kita paksa suka dengan pulut juga.
.png)
.png)



11 Comments
Lamanya 4 hari. Cie kalau tak membuang 4 hari macam tu kembung teruk la perut.
ReplyDeleteubat ni MZ memang selalu mkn la (dh jadi dependant!) tp pyh nak reverse laaa sbb jd habit
ReplyDeleteBaik betul bos Ammi. Terus bagi ubat. Ingatkan jadi ribut tadi. Rupanya ribut dalam perut. Ribut terus ek jadinya. Orang Nismilan memang suka makan pulut kot kan sebab antara menu sarapan orang Nismilan. Kami orang Johor je macam pelik sebab pulut ni makan kalau ada kenduri je.
ReplyDeletenasib baikkk awal..
ReplyDeleteklu x , time shopping kena haru ammi
Mak oiii...4 hari...kalau kak SA mau pening kepala dah tu...sebu perut....
ReplyDeleteIngatkan betul2 ada ribut taufan tadi sbb sy ni ada satu perangai, suka bunyi ribut.. rasa nyenyak je tido.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah settle masalah tu ye. Stress klu kena lg2 klu org travel, boleh murung.
Ada rupanya ubat utk masalah ni... Kita selalu makan pisang @ betul kalau bermasalah gini ðŸ¤
ReplyDeleteNani ada masalah ni. Boleh cuba ni nanti..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Akhirnya selepas ribut.. kikiki.. Mujurlah ributnya awal ye..
ReplyDeleteKemain terang kuning dia.. Tak terbayang kalau Sha pakai..
Saya ada masalah begini bila bermalam di tempat lain, ambil masa nak adapt tempat tu baru leh membuang, jika tidak mmg bawa balik ke rumah. Rasa penuh je perut.
ReplyDeleteI is kenot that kuning, ahaahaaa terus rasa kelam muka i.
Hahahahahhah saya ada pengalaman habis pakai dulcolax ini. Memang sial sangat makan di malam hari, tp esoknya ada kerja. 1 hari tuh perut sakit melilit, bolak balik ke kamarmandi.
ReplyDeleteBersyukurnya, kamar mandi di kantor lama tersorok sikit. Jujur, kalau saja saya tak ingin buang air besar, memang kamar mandi kantor nih tak akan saya sentuh, Krn horror sangat. Dah banyak kejadian di dalam.
Tapi saat itu saya bersyukur, kamar mandi sepi, jadi membuang pun bisa lepas tanpa malu2 suara terdengar 🤣🤣🤣🤣. Kalopun ada yg dengar, mungkin makhluk halus penunggu kamarmandi lah 🤣.
Memang ampuh dulcolax ini kak. Tp saya tak minum lagi. Sejak rutin minum kombucha tiap pagi