Hari Jumaat lepas ammi as usual work from home. Pagi ammi ke klinik kesihatan berhampiran rumah. Appointment pukul 8 pagi tapi 7.40 pagi sajalah gerak dari rumah. Sampai di klinik 4 minit kemudian oh nombor dah mula diberi. Kita pergi jelah lelaju dan dapatlah no. 12.
Baru nak keluarkan telefon buat crossword eh nombor dah dipanggil. Diberi bekas untuk isi urine dan satu bekas untuk darah.
Tup tup pukul 8 pagi dah selesai.
Harap-harap result oklah terutamanya cholestrol sebab sejak last ko jumpa doctor bulan 5 haritu, ko makan macam tak ada hari esok.
Dah boleh buka puasa lepas ambil darah. Meh lah sarapan manja-manja kat kedai berhampiran klinik. Macam-macam jenis roti bakar dia ada. Tapi ammi pilih roti bakar arang.
Makan cicah dengan telur 1/2 masak. Kalau kak SA confirm dia tak gemar ni sebab orang tu dah pecahkan telur tu sesiap masuk piring.
Balik rumah sebelum on laptop, marilah kita gunting dan rebus cili dulu. Kita nak buat sambal ikan bilis untuk bawa ke sekolah Khilfi esoknya. Macam marah je masa orang tu buat label cili tu kan... CILI KERING LANGSUNG TAK PEDAS katanya. Tapi memang betul tak pedas. Cun-cun je.
.png)
Jadi ammi tambahlah 4-5 tangkai CILI KERING PEDAS ni. Masa beli ni abah nampak KERING tu as KURANG. Ahakss.
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)



11 Comments
Cie guna yang nama yidu tu tak pedas. Yang tak pedas langsung ni macam takde je kat sini. Pedas semacam je walaupun dorg label tak pedas.
ReplyDeleteHopefully okay la result-nya Ammi ye...
ReplyDeleteKita pun kalau guna cili tak pedas tu campur juga dgn jenis yg pedas. Tak puas pulak makan kalau tak pedas langsung 😁
Harap resultnya bagus.
ReplyDeleteSaya ni yang tak berapa rajin nak buat medical check up.
Dah tua2 ni memang kena cari cili kering yang tak pedas.
ReplyDeletePerut dah tak tahan.
dapat isi masa macm ni pun seronok tauu
ReplyDeleteWah..menarik, Salam Jumaat buat ammi sekeluarga ya..
ReplyDeleteAmbil darah dan checkup kat klinik kesihatan dekat rumah, senang juga ya. Kita takde klinik kesihatan lagi jauh dari hospital. Jadi, ke hospital la kita. Semoga resultnya baik-baik, Ammi.
ReplyDeleteSemoga ummi sihat sentiasa.. aminn
ReplyDeleteSemuga result cun dan semuanya ok. Lada sekarang kalau tak label dia punya pedas berdentum rasa. Habis semua rasa masakan hilang dek kepedasan melampau.
ReplyDeleteHarap2 result ok la ye...akak pun sama...main belasah je makan...eh pandaiiii...kita x suka org tu pecahkan...x feel makan telur setengah masak
ReplyDeleteMZ selalu beli random jer cili kering, kdg2 dpt yg pedasss sbb tak de label laaa
ReplyDelete