Jumpa akhirnya

Minggu lepas Alip dah dapat buku teks untuk tahun 6 nanti.  Dapat minggu lepas tapi seketul ammi tak rajin betul nak menghadap buku dia.  

Malam Isnin baru terhegeh-hegeh check buku, tulis nama semua.  Dan buat pertama kali ammi nampak nama anak orang sama macam nama anak ammi.  


Siapalah agaknya Zaim Khilfi ni.  Kalau kata masa 2018 itu usianya 12 tahun sekarang pasti sudah 19 tahun usianya.  

Tapi hingga ke hari ini masih ramai lagi yang salah menulis nama anak ammi.  Ibu pada kawan-kawan dia di asrama pun masih panggil dia K H I F L I.  Khifli pun Khifli la...



Dapat senarai nama dia dalam WhatsApp.  Hmmm salah juga.  Redha jelah anak bila orang salah sebut atau eja nama kamu.  

Pagi ni Khilfi Syahmi ada Pentaksiran Diagnostik Akademik untuk subjek Matematik.  Semalam dah berlangsung Sains dan bila dia call ammi dia kata "susah betul soalan dia".  


Cikgu kongsi gambar di group besar Superisme.  Gambar anak ammi dari belakang je ada.  Belakang pun belakanglah.

Good luck anak-anak Superisme2327


Post a Comment

9 Comments

  1. Good luck Khilfi aunty yang encem....

    ReplyDelete
  2. Aisyah minggu depan baru dapat return buku.
    All the best to anak² Superisme2327

    ReplyDelete
  3. Nasib baik ammi kembali rajin hehehe...
    Goodluck Khilfi Syahmi...

    ReplyDelete
  4. Sy pulak google, eh ada la nama org mcm nama anak yg sulong tp budak lg la.. mst dia google jugak jumpa nama anak sy di blog... maklumlah masa anak sulong dulu semuanya tulis di blog...hehehe

    ReplyDelete
  5. Tahun 6 dah Alip. Setahun lagi dah Form 1. Cepat betul. Mungkin sebab nama Khifli tu lagi familiar kot daripada Khilfi. Padahal kalau baca betul-betul, tak mungkin silap. Unik nama Khilfi ni. Kalau jumpa mesti macam wah ada nama sama. Gambar belakang pun jadilah.Asalkan nampak orangnya.
    All the best Superisme2327!

    ReplyDelete
  6. sebab jarang nama khilfi tu.. orang biasa khifli nie.. macam dedek.. mula2 orang dengar...orang ingat kan nama dia mukhriz... tapi nama dia muhklis... hihihi

    ReplyDelete
  7. Unik nama Khilfi tu. Jarang orang jumpa.

    ReplyDelete
  8. Nama anak Ammi tu unik, jarang2 jumpa nama tu. Cikgu anak saya pun sama jugak, selalu taip nama anak saya Khadeja bukan Khadeeja. Janji sebut betul dah la 😅

    ReplyDelete