Terima email dari Fanny penghujung Oktober minta ammi berikan alamat untuk dia post barang. Eh tiba-tiba ammi jadi segan.
Hari Selasa ammi dapat notification WhatsApp dari postman. Dia dah tinggalkan parcel tu di lobi office. Bila ammi turun ambil, walawehhhh beratnya. 1.72kg beratnya. Fannyyyyyyy, kenapa kamu begini?
Hari Khamis malam baru ammi sempat buka parcelnya.
Comel kotaknya. Sesuai betul dengan warna tema blog ammi.
Bila dibuka. Ya Allah, banyak betul barangnya.
Ada 4 jenis sambal keluaran Indoculinaire. Ada sambal korek, sambal udang hebi, sambal bawang. Ammi dah cuba sambal udang tu. Perghhh mantap pedas dia. Bon Cabe flakes tu pun bukan kaleng-kaleng korang.. level 50 terus dia bagi.
Ada minyak aromatik juga. Boleh feeling-feeling macam baby kalau pakai ni.
Ada embroidery bag. Bag ni warna dark brown tapi dalam gambar ni nampak macam black. Begitulah kalau kamera berada di tangan yang salah. Anak-anak buah (tak kisahlah belah abah or belah ammi) selalu pinjam phone ammi sebab katanya camera phone ammi cantik. Tapi bila tuannya sendiri yang snap gini jelah jadinya.
Lawa beg ni.. kalau perkara-perkara yang melibatkan needlework ni harganya mesti tak murah. Thank you so much Fanny for your generosity.
Last but not least, ada set telekung travel daripada Guzel by Tisbo.
Fanny, terima kasih sangat-sangat atas kemurahan hati kamu ya. Pasti berat barang-barang ini kamu bawa dari seberang. Bukan hanya untuk ammi tapi untuk rakan-rakan blogger yang lain juga. Semoga Allah sahaja yang balas budi baik kamu ini.
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)



16 Comments
fanny memang sgt generous dan kind hearted. moga2 dia sentiasa dimurahkan rezeki..aamiin
ReplyDeleteBaiknya, Fanny ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah.
ReplyDeleteRezeki dari rakan blogger tanah seberang pastilah sangat dihargai, bukan sekadar nilainya malah sebagai tanda ingatan dari dunia maya. Moga ukhuwah terus berpanjangan.
mcm2 gift dpt dr fanny
ReplyDeletewahhhh bestnya.... fanny akak mau jugak hahahha, tak malu kan
ReplyDeleteSeronok tenguk fanny yang comel bersama rakan blogger. Semuga rezeki melimpah ruah buat fanny dan famili
ReplyDeleteMasya Allah Fanny.. kau baik banget. Kok banyak sekali oleh-olehnya??. Kak Sam jadi kaget. 😄.
ReplyDeleteWah...kotak keriangan sungguh ni. Macam-macam ada. Bertuah Ammi.
ReplyDeleteMenarik hadiahnya...Yang pastu, berguna ya...Semoga dilimpahkan rezeki buat Fanny...
ReplyDeleteRasa segan betul kan Fanny nak bagi hadiah. Macam-macam pulak tu. Bukan 1, tapi banyak betul. Alhamdulillah...rezeki dapat hadiah dari Fanny. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat Fanny. Aamiin..
ReplyDeleteBest tu Ammi dapat macam-macam sambal. Sedap tu kalau pedas-pedas.
cantiknya beg tu Ammi, Fanny seorang yang sangat baik kan, ramai kak ana lihat terima cenderahati kiriman nya.. kemanisan ukhwah dari alam maya ke alam nyata, alhamdulillah
ReplyDeletepatutlah berat, dia soh ammi jadi chef.
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki Ammi....Fanny memang pemurah...
ReplyDeleteTak berat lah kak 😄😄. Saya dah pertimbangkan semuanya, supaya koper yg dibawa cukup ðŸ¤. Sukaaaa selama ini baca tulisan2 kak Ammi. Santai, ada lucunya juga, Krn itu semua postingan baru saya usahakan selalu baca 😄. Dari yg saya baca, agaknya kakak suka pedas, dan pernah buat pecal juga. Makanya saya bagi itu 😅☺️
ReplyDeleteWah rezeki Ammi la ni... Macam² yg dikirim oleh fanny... Semoga melimpah rezekinya selalu
ReplyDeleteAlhamdulillah... mcm² ada dr fanny... semoga dimurahkan rezeki fanny yg cantik lg baik hati
ReplyDelete