Hari Ahad lepas (12.10.2025), kami masih di Melaka. Awal pagi kami bersarapan di Londang dengan Umi pastu pack-pack barang dan marilah kita gi jenguk anak bujang di asrama pulak. Masa dia call hari semalamnya ammi ada bagi tau kalau sempat ammi datang singgah jenguk dia.
Kami sampai di kawasan sekolah nampak segerombolan budak lelaki tengah main bola kat padang. Ammi dah syak itu batch abang sebab ada 2-3 orang yang pakai baju batch. Tapi kita naiklah jumpa warden dan minta warden paging. Ternyata anak ammi tak masuk dalam segerombolan budak lelaki itu.
Masa abah sambut dia tu sebenarnya, abah tak cakap naik kereta baru. Abah menonong jalan dan dia pun ikut dan ammi dari dalam kereta nampaklah dia macam tercari-cari Jennifer kami. Bila abah pusing ke kereta dia macam tercengang dan tanya "kereta siapa ni?". Hahahha...surprise.
Anak ammi tak main dengan kawan-kawannya dan tidur kat dorm je sebab katanya "semalam ammi kata nak datang, jadi abang standby je lah tunggu. Kalau main nanti tak perasan ammi datang". Okkkk. Mujur ammi datang, kalau tak datang kesianlah kat anak bujang ni.
4 Comments
Alhamdulillah, terubat ridu dengan anak di asrama..ibubapa yang sangat bertanggungjawab..teringat dahulu, saya begitu ..lawat anak di asrama makan di dewan makan ja..masa tu lengagng ..so kami makan bersama2..terubat ridu dengan anak..
ReplyDeletemaaf ada typo, RINDU bukan ridu.
DeleteBaju jersy je berlainan... tapi hati tetap bersatu.... hehehe
ReplyDeleteteringat aktiviti pasca SRP pd thn 1987. Kami dari SMACH melawat Melaka n Lembah Kelang. Malam pertama tidur di MOZAC. Mlm kedua di KIK... Memori masa remaja tu... Naik bas plak x de aircond pd zaman tu.
ReplyDelete