Harini ammi bertapa dari dalam bilik meeting di office sebabnya hari Khamis lepas, aircond di ruangan ammi tak berfungsi. Bila dipanggil orang aircond untuk baiki rupanya compressor itu yang rosak.
Sementara nak tunggu compressor yang baru, ammi bawalah laptop yang dirumah datang ke office. Tak kuasa aihhhh nak berpeluh-peluh kat luar tu.
Masalahnya duduk kat dalam ni pulak, jadi kejung jari jemari walaupun ammi set aircond pada suhu 24C. Sebab duduk sorang kot. Tu yang kejap on kejap off.
Pastu part kopi pun satu hal juga. Semalam ammi pergilah cari stok coffee untuk office sebab macam dah nak habis. Ammi kurang suka rasa kopi yang sedia ada ni sebab macam kuat pulak rasa smokynya. Ammi ni masa memilih tu yakinlah sangat yang kat office ni yang no. 5 dan ammi pun ambil yang no. 8. Tergerak hati nak ambil yang Hazelnut tapi hmmm kalau tak sedap karang camna pulak. Jenuh nak habiskan satu botol.
Sekali pagi tadi hmmmmmm...yakin sangat kamu ni Sharmila. Kan dah sama. Layan jelah rasa smoky tu. Mujur ambil size yang 100gm. Terfikir gak nak beli yang size 200gm. Huhuhu...nasibbb.
Dan kembali ke kisah pagi ini, plan ammi ni sebenarnya macam nak berpuasa pagi ni. Masih ada baki 5 hari perlu diganti. Abah bangun sahur tapi ammi ni dari petang semalam perut agak kurang selesa. Rasa kembung je dan kerap kentut dan sendawa. So, kita tangguhlah dulu puasa dan kita sediakan makanan untuk dibawa ke office.
Sebab last minit jadi memang takdelah grilled chicken ke apa. Lagi pun ammi bawa juga baki roti yang memang standardlah, kalau tinggal sekeping dua memang tersadai gitu je dalam bekas roti. Roti kismis Alip ammi terpaksa bawa sebab ammi confirm memang dia tak akan sentuh dah plastik lama kalau dah ada plastik roti yang baru.
Lupa pulak nak top up kewpie roasted sesame dressing. Tinggal hujung2 botol je. Nasiblah nyiahhh makan sayur gitu.
Begitulah kisah Isnin saya yang sepatutnya berdua di office tapi tiba-tiba berkeseorangan sebab boss kurang sihat perutnya. Ehhhh memang hari perut meragam ke apa ni?
12 Comments
air cond opis aku pun baru repair ni..sejuk la pulak, adoi la
ReplyDeleteopis akak ni sejuk tapi akak panas...so takde dah masalah bab ekon...sejuk la macam mana pun badan akak tetap panas..kat rumah pun sama..simptom2 heat tu dah sampai, dah berminggu dah..sejak dari tak sihat hari tu...hahaha...ni pun dah lama stop x bawak salad..dah ada yang tegur dah gemuk balik..x leh jadi ni...kena diet semula
ReplyDeletesekrg maghrib masuk cepat kan so kalau saper2 berpuasa, boleh berbukak awal jugak laaaa
ReplyDeleteBanyak lagi masa nak ganti tu. Cie settle awal dah dulu masa puasa 6. Kalau lambat nanti mula la liat nak ganti.
ReplyDeleteTerlalu smokey saya pun kurang suka. Saya lagi suka coba varian biji kopi dari seluruh Indonesia kak. Mana yg sedap, nanti saya list, utk repeat order 😄. Yg tak sesuai, tetap habiskan, tp tak nak beli lagi
ReplyDeleteBagusnya Ammi, bawa salad. Selamat bertugas ya, Ammi.
ReplyDeleteSaya pun suka kewpie sasame tu..sedap sangat kan...
ReplyDeletemakan lak dalam cuaca sejuk salji( bacanya aircond)🤣
sedap kan
Opis ammi sama dgn eqin...Econ tu rasa xde function..baru je rasanya repair..tadi Jadi bunyi beep tu lama then menitik air lajuu...terus eqin off je
ReplyDeleteKuruslah ammi lepas nie, makan salad je...
ReplyDeleteAlhamdulillah, linda puasa sunat tadi, Allah jentik hati untuk puasa sunat... Selalunya, kalau dah habis ganti, berchenta nak puasa sunat... Kikiki
Kadang saya tak tahan dengan aircond ni..kena keluar juga ambil udara..Ammi sibuk kerja kan..memang dah tugas begitulah..
ReplyDeletePuasa time bukan bulan puasa ni menguji betul...perut cramp la (saya la tu) macam2...
ReplyDeleteMujur juga ada tempat boleh buat kerja. Better ada aircond dari tak ada air cond kan. Panas tak tahan juga. kalau sejuk sangat set suhu tinggi je Ammi tak payah on off. Senang kerja bawa salad dan roti je. Tapi kalau tak ada kewpie tu, terpaksalah makan salad kosong. Dull lah sikit.
ReplyDelete