Minggu lepas ammi rasa macam ada extra kerajinan diawal pagi. Terjaga pukul 4.30pagi. Selalunya ammi akan sambung balik tidur sampai pukul 5 tapi ntahlah, terbayang pulak muka kak SA pepagi. Kak SA boleh takkan ammi tak boleh.
Ha gitu....kau menghantui pagiku kak SA. Adakah aku diseru dari kejauhan?
Bangun jelah gi buat bekal.
Ada balance nasi dinner semalam, kita goreng je ala kadar. Goreng juga telur mata guna minyak gorengan ayam kunyit. Tu yang kuning je telur tu. Ini makanan ammi untuk lunch sebab ammi kan buat IF.
Disebabkan nasi yang digoreng tu tak pedas, kita gunting-gunting jelah cili padi sikit bagi rasa pedas masa nak makan tu karang. So, pagi Isnin nan indah tu, adalah sarapan buat kami sekeluarga. Wahhhhhh i'm soooo impressed with myself. Hahahha.
Hari Selasa tak ada makanan dari rumah. Tapi sebab awal pagi dah terasa lapar dan teringin nak makan kuih lopes, jadi kita beli je. Sebab kuih dah manis, air tu kosong je tanpa gula tapi ammi letak chia seeds.
Hari Rabu lepas Isyak ammi masuk dapur. Kononnya nak siapkan lauk gi buat bekal lunch esok. Beriya potong ubi, hiris, goreng. Tumbuk cili bagai dan tumis. Sekali bila nak ambil sardin, ehhhhh tak ada sardin. Yang ada mushroom soup, bolognese sauce. Hmmmmm terencat tau selera kita.
Sudahnya jadilah sambal belada kentang je, buat basah-basah sikit supaya senang ammi nak makan. Goreng juga ikan bilis kononnnya esok pagi baru nak gaul dalam sambal, tapi ahhh takyah. Kita asingkan terus. Buat telur dadar sikit. Jadilah lunch untuk ammi dan sarapan untuk abah.
Untuk Alip ammi buatkan je nasi goreng butter telur.
Baru 2 kali bawa bekal dah heboh kau ye Sharmila. Ammi rasa macam dah hampir 2 minggu tak minum shake. Ammi manjang je terlupa nak beli pisang. Bila minum shake tanpa pisang rasa macam kembung perut dek air je. Rasa tak puas gitu.
13 Comments
Syabbas sheila👍🎊
ReplyDeleteNgam kan makan kuih manis dengan kopi o...susah tau Rajin tu nak muncul...
ReplyDeletesalute rajin bangun awal pagi masak...terliur....semua sedap
ReplyDeleteammi.. sis suka la bekas bekal ammi ni.. beli kat mana tu?
ReplyDeleteKeep it up Ammi 🤗
ReplyDeleteNasi goreng tu dok melambai² la ahahaha
Terbaik Ammi. Teruskan rajin dan bawal bekal. Kak SA seru dari jauh tu terus dapat ilham nak masak nasi goreng buat bekal. hihi..next time kena check dulu ada ke tidak sardinnya, tak pasal kena scam terencat selera.
ReplyDeleteTerbaik Ammi. Teruskan rajin dan bawal bekal. Kak SA seru dari jauh tu terus dapat ilham nak masak nasi goreng buat bekal. hihi..next time kena check dulu ada ke tidak sardinnya, tak pasal kena scam terencat selera.
ReplyDeleteWow rajin ya...alhamdulilah. Boleh jimat banyak sebenarnya.
ReplyDeleteSemua kena seruan kak SA ke ni..hihihi
ReplyDeleteSape lagi nak kena seru dari kejauhan...eh jauh ke kita...x jauh kot..tu yang sampai tu kan....alhamdulillah sedap nampaknya nasi goreng tu..seram plak tgok cili...tumbuk je la sharmila oiiiii....kalau Kak SA x tahan ni de...berlari den ke jamban...
ReplyDeletekuih lopes juga yang ahkak nampak. Ni macam kena SA seru selalu ni. hehehehe
ReplyDeletewahh..you can do it!!!
ReplyDeleteJujur ya saat saya baca judul, yg terlintas pertama kali, kucing kakak yg hilang itu tetiba balik. Ternyata bukan yaa 😅.
ReplyDeleteWaaah pertahankan lah kak, bisa bangun pagi siapkan makanan begini 😄👍. Salut juga saya dengan kak SA .kalo saya, tak usah tanya lah, mood memasak itu baru DTG jam 9 🤣.
Makanya anak saya kan tahun ini masuk kelas 7 junior high school. Gurunya buat saya emosi, wajib bawa bekal 4 sehat 5 sempurna😂. Yg mana komplit lah ada nasi, lauk, sayur, buah dan susu. Dah dikata mood masak saya jam 9 baru muncul, disuruhnya pula saya masak komplit.
Memang tak nak. Akhirnya si guru kasih solusi, beli makan dari dia 🤭. Oke fine, better begitu, saya tinggal bayar 😄