Percubaan dah start

 Hari ini bermulalah perjuangan anak-anak batch08 untuk menjawab peperiksaan percubaan SPM.


Terima kasih barisan guru-guru dan pentadbir SESS kerana bertungkus lumus dalam memastikan anak-anak dalam keadaan yang bersedia.  Terima kasih juga kerana cakna akan idea-idea dari parents, dan sentiasa menerima cadangan daripada parents untuk membawa masuk tenaga pengajar dari luar untuk sama-sama berkongsi ilmu dengan anak-anak.

Terima kasih juga pada parents yang 'bekerja keras' dalam memastikan anak-anak cukup makannya, tak lapar sepanjang berlangsungnya Perkampungan Ilmu hujung minggu lepas.  Terima kasih kepada 'tangan-tangan ghaib' parents yang menyumbang wang untuk menaja makanan anak-anak.  Tak sempat kami nak pandang whatsapp tau-tau tabung sumbangan dah ditutup.  Alhamdulillah.


Menu break dan supper anak-anak.  




Selamat maju jaya anak-anak Warriors2425 sekalian dan juga anak-anak batch08 yang lain.

Post a Comment

6 Comments

  1. all the best utk semua calon2 SPM tahun ni..MZ dh start berdebar wpun my ariff akan spm tahun dpn (Now ariff dlm form 4)

    ReplyDelete
  2. Walau masih percobaan, Semoga nanti semua mendapatkan hasil yang bagus . Apalagi jika ujian yang sebenarnya sudah bermula.

    ReplyDelete
  3. semoga semuanya dapat menghadapi peperiksaan dengan jiwa dan minda yang tenang.. ameen..

    ReplyDelete
  4. all the best to kyra..Irism 25 ogos nanti baru start trial dia

    ReplyDelete
  5. Selamat berjaya Kyra... Anak Mama yan pun dah mula percubaan SPM hari ni

    ReplyDelete