Dari minggu lepas sebenarnya protein powder ammi dah habis. Ada hari ammi bawa bekal, ada hari ammi beli je apa-apa untuk alas perut sementara nak balik sambil makan buah. Lagi pun ammi cuma kerja 3 hari je minggu lepas. Isnin ammi masih berada di Terengganu. Bila nak up cerita percutian pendek kami entahlah. Jumaat macam biasa work form home.
Hari Selasa minggu lepas (12/8/2025) ammi sampai awal di KL jadi masa naik MRT ammi tak turun di stesen sepatutnya tapi ammi turun di stesen TTDI. Tujuannya nak gi pasar beli buah. Haaaa...korang ada pepagi sebelum gi kerja gi pasar? Singgah di pasar orang have-have takdelah risau baju terpercik kena air kotor ke apa.
Cuba korang teka berapa harga buah-buahan ni? Siapa yang jawab dengan tepat atau hampir tepat ammi bagi Gift Card ZUS bernilai RM10.00. Last teka: 31/8/2025
Kak SA je tak leh teka sebab dia sorang je dah tau harga buah ni. Ahaksss.
Semalam masa lunch ammi ni macam jam nak makan apa. Nak buat shake, powder tak ada. Nak order macam dah lambat pulak. Laju je ammi whatsapp boss minta izin nak ambil powder dia sikit. "Go for it" katanya.
Malam tadi yang ammi order dah sampai. Ammi order minggu lepas sebenarnya tapi Along ammi lupa pulak nak submit order.
Kalini gedik order flavour green tea pulak. Apa rasanya ntahlah. Botol lama ammi beli perisa mixed berries...tapi manisnya rasa. Green tea ni, sedap tak sedap, ko dah beli ko telan jelah Sharmila.
Masalahnya, tetiba pukul 11 lebih ko terasa nak makan Subway gara-gara ko teringat posting dak Linda kata dia makan subway. Ehhhh dasar tak kuat iman kamu ni ye.
Kasar betul bawang ko ye. Maka dengan ini esoklah baru kita rasmikan shake perisa green tea ni. Semoga kau sedaplah ye.
Road to 55 masih jauh. Haritu dah makin hampir tetiba ehhhh jauh dan kaburrrrr je.
17 Comments
Jauh berjalan tu Ammi sampai ke Ganu. Percutian pendek tapi mesti best kan. Sempat pulak ek singgah pasar orang have-have. Baiknya boss Ammi.
ReplyDeleteBahaya pengaruh blogger ni, dan dan teringin kan.
Kalau jauh, bagi dekat sikit Ammi. Biar jelas. hihi...
Alaaaa...baru sebut..haaaa..tau harga sekali dah letak disclaimer kat kita awal2 erk....hahaha...ok2 takpe bagi chance kat orang lain...orang lain x yah pm or dm Kak SA..memang i zip my big mouth..hahahaha
ReplyDeleterm40
ReplyDeletenak teka harga buah..RM22
ReplyDeleteDah berjangkit dgn Linda ye makan Subway hehe...
ReplyDeleteWah gi Ganu, bestnya!
Subway! Suka...suka!
ReplyDeleteTak boleh lawan uncle... unlce punya nipis macam kulit bawang! hehehehe
ReplyDeleteAdoi, ni bukan lagi nipis, dah berterabur imannya, Ammi, hahahah.
ReplyDeleteRM28 boleh teka banyak kali tak? Hihi
ReplyDeleteboleh je...takat ni belum ada jawapan yang hampir pun
DeleteHarga buah RM15
ReplyDeleteMesti kena makan buah buahan sebenarnya ..agar lawas ..
ReplyDeletesis teka rm22 ye ammi.. btw, sedap jugak subway tu.. terbayang pulak cookies dia.. ^^
ReplyDeleteSaya iseng saja nak jawab ya kak, hanya sekedar buat ramai ðŸ¤. Tebakan saya total semua RM50. Supermarket premium soalnya kan ðŸ¤ðŸ¤£.
ReplyDeleteSaya dulu sempet minum protein juga. Tapi ntah kenapa malah buat jerawat. agak Serik jadinya. Atau belum ketemu yg pas
samalah kita....pengamal serbuk protien sebab kalau tak cukup protien perut rasa tak kenyang...( saya cuba teka RM19.90)
ReplyDeleteMungkin RM25-30 harga untuk buah-buahan tu.. :D
ReplyDeletemoga2 ammi akan berjaya capai target soon!
ReplyDelete