Gigih saya masak

Jumaat 22/8/2025, ammi masak lagi.  Bangga saya sebab saya masak.  Kadang-kadang dari Isnin sampai Khamis suami dah tolong masak, hari Jumaat-Ahad pun nak mengelat juga.  

Ammi masak portion untuk lunch je sebab plannya nak ke pasar malam hari ni.  Lama dah ammi tak pergi pasar malam.

Sambil-sambil menyapu dan mengemop demi nak cukupkan steps harian, kita defrost ayam.  Selalu je taktau nak masak apa.


Eh banyak pulak chicken wings dalam freezer ni abah kumpul setempat.  Sampai ke ammi, ammi kerat 2 ayam tu jadikan drummet dan wingette (wing tip tu masuk sekali).

Yang drummet terjunkan je terus dalam masakan apa nama ntah ni.  Ammi kan ada beli thai basil, nak buat pad kra pao tak ada pulak bahagian isi semata.  Jadi ammi buatlah resepi ikut suka pastu letak je thai basil ni.  Sedaplah sebab pedaskan.


Bahagian wingette (termasuk wing tip) kita goreng dengan tepung bestari.  Nak tirulah teknik brine yang kak SA pernah ajar tapi malas pulak nak rendam lelama.  Kita nak cepat je ni.



Baki kuah pari pecel ada lagi.  Kita panaskan balik.  Jangan membazir.



Masa gi Jaya Grocer ammi jumpa beans yang sizenya cuma lebih kurang 10-11cm je.  Comel, kurus, halus je.  Nak tarik uratnya pun tak ada. Jadi kita potong jelah muncung depan belakang tu, tumis isi udang dan isi ayam (yang memang dah siap digril), letak garlic powder pastu terjunkan beans comel dan garam serta serbuk paprika & cayenne dan balik-balik gitu je.  Selesai.

Jadilah.  Lepas Asar kita keluar merabakkan poket abah ammi.

Post a Comment

10 Comments

  1. Kegigihan Ammi pasti dihargai. Sedap-sedap masakan tu. Kalau beli bahagian wing tu suka juga potong dua jadikan drummet dan wingette. Senang taburkan garlic powder je tak payah nak tumis bawang putih. Nak mudah, tumis bawang putih, letak sos tiram goreng kilas pun sedap boleh meratah lagi. Lagi sedap bean tu sebab tak ada urat. Mesti rangup juga.

    ReplyDelete
  2. Tudiaaaaa....sekali dia tunjuk dia masak..terus terliur kita....

    ReplyDelete
  3. Sesekali beraksi macam² juga menu keluar tu. PH skrg ni pass baton dekat Abg & Angah je gi pasar malam. Yang dekat rumah ni la

    ReplyDelete
  4. sedap2 belaka tu! anyway, salam hari kemerdekaan negara kita yg ke68!

    ReplyDelete
  5. Selalu takde idea nak masak apa kan. Nampak sedap pulak ayam ammi masak ni.

    ReplyDelete
  6. Yang menu ayam tuh saya jadi pengen coba. Sedaap kalau pedas.

    Buncis pun saya lebih suka masak dengan garlic dan sedikit garam saja. Lebih sedap, apalagi masih rangup 👍👍

    ReplyDelete
  7. Dah masak untuk abah, kena ada reward lah... Hahahaha

    ReplyDelete
  8. simple but nampak sedap. masak yg campak2 tu sedap tu

    ReplyDelete