Jumaat 22/8/2025, ammi masak lagi.  Bangga saya sebab saya masak.  Kadang-kadang dari Isnin sampai Khamis suami dah tolong masak, hari Jumaat-Ahad pun nak mengelat juga.  

Ammi masak portion untuk lunch je sebab plannya nak ke pasar malam hari ni.  Lama dah ammi tak pergi pasar malam.

Sambil-sambil menyapu dan mengemop demi nak cukupkan steps harian, kita defrost ayam.  Selalu je taktau nak masak apa.


Eh banyak pulak chicken wings dalam freezer ni abah kumpul setempat.  Sampai ke ammi, ammi kerat 2 ayam tu jadikan drummet dan wingette (wing tip tu masuk sekali).

Yang drummet terjunkan je terus dalam masakan apa nama ntah ni.  Ammi kan ada beli thai basil, nak buat pad kra pao tak ada pulak bahagian isi semata.  Jadi ammi buatlah resepi ikut suka pastu letak je thai basil ni.  Sedaplah sebab pedaskan.


Bahagian wingette (termasuk wing tip) kita goreng dengan tepung bestari.  Nak tirulah teknik brine yang kak SA pernah ajar tapi malas pulak nak rendam lelama.  Kita nak cepat je ni.



Baki kuah pari pecel ada lagi.  Kita panaskan balik.  Jangan membazir.



Masa gi Jaya Grocer ammi jumpa beans yang sizenya cuma lebih kurang 10-11cm je.  Comel, kurus, halus je.  Nak tarik uratnya pun tak ada. Jadi kita potong jelah muncung depan belakang tu, tumis isi udang dan isi ayam (yang memang dah siap digril), letak garlic powder pastu terjunkan beans comel dan garam serta serbuk paprika & cayenne dan balik-balik gitu je.  Selesai.

Jadilah.  Lepas Asar kita keluar merabakkan poket abah ammi.