Ammi pun taktau sekarang ni drama Mandul Bukan Pilihan ni dah episod ke berapa kalau di TV. Ammi tengok je secara marathon tiap kali balik kerja. Kadang-kadang drama tu tengok ammi tidur tersengguk-sengguk dalam bus.
Mira Filzah memang tak boleh nak sangkallah kebolehan berlakon dia. Ratu airmata gak ni. Dan ammi tak pernah ingat yang ammi pernah tengok lakonan Hun Haqeem. Ehhhh not bad budak ni berlakon drama airmata. Nangis sampai merah-merah muka. Suara dia pun sedapppp rupanya.
Dalam drama ni sekali lagi budak kecil ni digandingkan dengan Mira Filzah.
Kalau dulu masa kat Curang Tanpa Niat dia jadi anak Mira Filzah, kat sini dia jadi anak murid Mira pulak. Jeffffffff ammi love you so much la sayam. Awak tak baik buat ammi nangis tau. Lakonan dia belumlah begitu baik tapi cara sebutan dia tu yang buat ammi tersentuh hati.
Tapi sakit jiwa gak tengok Ayda Jebat dalam cerita ni. Memang dalam dunia ni dah takda lelaki lain ek yang dia nampak?
Orang yang dah pernah mengandung, tapi keguguran pun dipanggil mandul gak ke? Janganlah kejam weiiiiiiii. Sedih tau. Kepada pejuang TTC sekalian, korang kuat. I feel you sebab ammi pun pernah TTC dulu agak lama. Ammi faham.
Dah ammi nak sambung nangis-nangis tengok drama ni jap. Tengok pun pada speed 1.3x supaya cepat sikit siap. Ahakss
11 Comments
Tengok sampai episod berapa je. Macam tak masuk dah drama ni. Eh, dorang berlakon sama lagi ek. Tengok drama ni auto teringat curang tanpa niat tu, lebih kurang watak dia. Sedih dan ada orang ketiga.
ReplyDeleteTerima kasih Ammi memahami.
Hun Haqim ni orang Sarawakkan..berbakat..sekarang guna smart TV anak2 depan smart TV asyik drama korea..bagi diorang peluang ..ibubapa ni mengalah ja..
ReplyDeleteAiiih nampaknya sedih alur cerita ya kak 😅😅. Saya lagi butuh serial yg bisa buat gelak. Butuh hiburan 😄
ReplyDeleteSelalu nampak lalu lalang video cerita ni. Mira tu best jugak berlakon.
ReplyDeleteHun ni okay lakonan dia. Byk kali juga dia berlakon dgn MF ni. Memang serasi .
ReplyDeleteaaa suka dengan senyuman Hun Haqeem. kita kenal dia tanpa menonton drama Melayu, muahaha...
ReplyDeletepenatlah jalan cerita drama Melayu ni tapiii asben suka tengok, ahahaa!
dh ending episod akhir ari khamis aritu...tp dr awal si ayda jebat tu mmg geram btul watak die...cumanya part ibu tumpang tu mmg harap la....tp ending sedih sbb mirah filzah mati
ReplyDeleteSaya ketinggalan keretapi. Semenhak dya menjak ni memang jarang menonton.
ReplyDeleteCiter ni kalau tertengok ada la....Curang Tanpa Niat tu tengok sampai habis. Tapi yang Mandul ni eiiii kenapa geram sangat kat Ayda Jebat ni....
ReplyDeleteSelalu nampak kat Tik Tok...x nak terjebak..kang x pasal2 menangis..akak sejak makndah takde no cepat betul cembeng...haha
ReplyDeleteoo..citer ni selalu lalu kat ig tapi mcm biasa la..aku x layan pun. t
ReplyDeletetapi baru2 ni..aku start layan citer korea 52 ep..emm, nanti aku up story kat blog....aku pun mcm x caya jer...