Kyra balik ke asrama 29.6.2025. Kemudian kami adalah jenguk dia 19.7.2025 lepas tu hanya tunggu gambar-gambar dari cikgu.
Bila dia call pun mulalah dia buat suara "chipmunk" dia. Memang itulah suara kalau dia nak manja-manja dengan abah ammi dari kecik sampai dah besar. Anak oh anak. Agak-agak nanti kamu dah ada keluarga kamu guna lagi tak suara chipmunk tu bila nak bermanja dengan abah ammi?
Cikgu kongsi gambar anak-anak sebelum masuk ke dewan untuk menjawab soalan percubaan SPM. Buka je gambar nampak anak didepan berbaju hijau. Walaupun muka ditutup ammi tau itu anak ammi.
.png)
Motif betul budak tinggi duduk di depan. Kalini jelas mukanya.
One for the memories. Dalam gambar ni yang mana satu anak pun entah...tapi kita simpan juga.
Masih belum ada kipas di siling. Untunglah pada anak-anak yang dapat duduk di tepi. Kyra kalau ikut angka giliran namanya di tempat yang ke 37. Harapan nak duduk di tepi kipas memang sangat tipis...dan kalau kena kipas pun mungkin sipi-sipi je. Tak apalah nak.
Nanti dah habis SPM, masuk U, dah jadi alumi sekolah, belajar-belajarlah untuk memberi kepada sekolah ye anak-anak Warriors2425.
Hari ini bermula sudah pentaksiran sebenar SPM untuk Pendidikan Agama Islam. Ammi ni doklah ingat ini masih percubaan....ini bukan cobaannnn ini benerann.
Semoga tak gugup bila disoal, ditebuk dan sebagainya.
Gambar ni pulak ada sorang parents yang kongsikan. Dia sponsor dan handle photoshoot untuk setiap anak-anak Warrior untuk jadi banner ke apa ntah. Kita tunggu jelah hasilnya nanti.
Terima kasih Tuan yang baik hati.
14 Comments
Tinggi betul dak Kyra ni. Ada hari kena pakai putih, ada hari kena pakai uniform hijau ye. All the best untuk semua calon SPM. Tak lama lagi je SPM sebenar. Bukan cobaan lagi dah.
ReplyDeleteNice!
ReplyDeleteAll the best untuk anak-anak SPM.
ReplyDeleteDah anak sendiri... mesti le kenal, ye dak?
ReplyDeleteSemoga cemerlang keputusan percubaan SPM..kita doakan ya
ReplyDeleteinsya-Allah Kyra akan dapat keputusan yang baik...
ReplyDeleteOh, ingat masih cubaannnn lagi. Dah betul2 ya, tak sedar dah lepas pertengahan bulan Ogos, sikit minggu lagi dah bulan September. Good luck & All the Best, Kyra dan rakan seperjuangan.
ReplyDeleteبِالتَّوْفِيقِ وَالنَّجَاحِ Kyra
ReplyDeleteall the best utk kyra! i dh start nervous utk my ariff wpun dia spm tahun dpn
ReplyDeleteAll the best Kyra the Warrior :D
ReplyDeleteAbang dah selesai UTQH semalam, trial ada 1 paper lagi Jumaat ni. Isnin start Lisan BA... Doakan sama ye Ammi
Kyra memang tinggi, pernah tengok depan mata...hehehe...apapun all the best Kyra, buat yang terbaik ok...
ReplyDeleteAll the best Kyra.. Iris next week baru start trial nya
ReplyDeletewah, da percubaan. tapi jap apsal sekolah sini mcm takde apa2 berlaku ja? isk muskel ni.
ReplyDeletesemoga berjaya Kyra!
lepas reunion sempena umur 40 tahun tempoh hari, weols collect duit alumni sekolah bagi cukupkan set meja kerusi peperiksaan utk sekolah. alhamdulillah, cikgu2 masih ingat weols ni spm 2001.
Uwaaah tinggi memang Kyra ya kak.
ReplyDeleteKalo dah masuk ujian akhir begini, ikut nervous ortu nya 😅. Saya mungkin lebih nervous kalo si anak bungsu yg ujian. Sebab dia tipe yg belajar blm bisa mandiri. Harus dilihat terus. Beda dengan kakaknya.
Apapun, Kyra lancaaar dalam pemeriksaan yaa, bisa dapat hasil yg bagus juga ☺️