Pertama kali naik di Pulau Sebang

Hari Ahad tu Kyra sepatutnya naik ETS dari Seremban jam 1.39pm.  Tapi disebabkan kami perlu ke Melaka, kami angkut jelah dia sekali.

Masa ammi tanya kat cikgu penyelaras batch Khilfi katanya acara townhall boleh selesai jam 12pm jadi ammi pun macam ohhh sempat nak hantar Kyra ke stesen yang selepas Seremban which is Pulau Sebang.  Sekali pukul 12 masih tak habis-habis lagi.  Lebih kurang 12.20 ammi keluar je dari dewan.

Ada geng mak-mak Temenggung suggest ke stesen Batang Melaka, katanya lebih dekat dengan Mozac.  Tapi bila tengok waze lebih kurang je jaraknya dengan Pulau Sebang Tampin tu.  Jadi kita pilih Pulau Sebang jelah sebab macam dekat sikit Tampin dengan Seremban berbanding Batang Melaka yang ntah kat mana diamnya.

Boleh ke beli tiket ETS di stesen lain naik di stesen lain?

Jawapannya BOLEH tapi stesen yang kita nak naik tu mestilah selepas stesen asal dimana tiket kita dibeli.  Contohnya, ammi beli untuk naik ETS di Seremban ke Gemas tapi kami naikkan anak di stesen selepas Seremban which is Pulau Sebang.  Kita tak boleh naik di stesen sebelum Seremban which is Kajang.

Biasanya gitulah.  Sapa je nak bagi extra service pada harga yang murahkan.  


Melokek la jamnya.  Takpe sabar.  Kita ada masa lebih kurang 1.20 minit untuk sampai.  

Alhamdulillah kereta banyak tapi bergerak.  Itu yang penting.  Kami sampai disitu tengok jam masih ada 20 minit sebelum ETS sampai.  Sempatlah gi masuk Mydin Tampin disebelah stesen keretapi tu kejap carikan Kyra makanan segera dan paling senang ialah ayam gunting.  Jam dah nak pukul 2 mestilah laparkan.


Lawa stesennya.  Harap-harap stesen keretapi Seremban pun cantiklah juga lepas dibaikpulih.


Dah check in.  Ohhh ada sorang lagi budak SESS rupanya.  Jalan bersama-sama tapi lepas tu sorang kat sana sorang kat sini.  


Melekit-lekit dah muka seketul mak yang sebesar talam ni.  Panas lit-lit cuaca.


Bye bye love.  

Harap-harap harini dia pergilah klinik.  Masa dia call petang semalam dia bagi tau kepala dia sakit sebab selsema dia macam tersumbat taknak keluar.  Adoooiii ini semualah hati ammi macam libang libu.  Sakit kepala sebab selsema tak best ok.

Yang di Melaka hidung tersumbat, yang di Segamat pun tersumbat juga.  Cepat sihat anak-anak abah ammi.  Outing 2 minggu lagi insyaallah kami datang jumpa kakak sebab dia tak boleh balik nanti sampai ke bulan Ogos.  Bertabahlah ye anak.

Lepas hantar Kyra kami lunch dan marilah mengharungi jam.  Ada parents yang hantar anak balik ke Segamat, pukul 12 malam pun tak sampai KL lagi.  Penangan cuti 3 hari.

Post a Comment

21 Comments

  1. Ya panas nau la cuaca sekarang ni. Pulau Sebang ni cuma pernah tengok kat komuter ajer laluannya. Tak pernah ke Pulau Sebang lagi.

    ReplyDelete
  2. moga kyra cepat sembuh. aamiin

    ReplyDelete
  3. Dania pun pernah balik dari Pulau Sebang masa blom ada kereta dulu..alor gajah ngan tampin kan x jauh...

    ReplyDelete
  4. Moga cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan nya.
    Kereta banyak atas jalan tapi bergerak tak apa lagi, kan. Jangan tak gerak.

    ReplyDelete
  5. Biasalah kak bila dah ada cuti lama sikit memang jem saja. Itu cuti awal muharam tu dana malas balik kampung, kang penat melayan jem je hehehe.

    ReplyDelete
  6. Seminggu dua ni saya pun selesema mcm x nak sembuh...letih sebab selesema ni...Moga budak2 tu kuat...dan cepat sembuh...

    ReplyDelete
  7. ehhhh slelalunya org Perak je sebut perkataan libang libu ehehehe

    ReplyDelete
  8. Sabar laaaa kalau dah mengadap jem macam ni dengan panas nya kan

    ReplyDelete
  9. Sayu pulak bai-bai dari kejauhan tu....

    ReplyDelete
  10. PH baru lepas fasa demam selsema batuk sakit tekak semua tu. Semoga kembali sihat ye Kyra & Khilfi 🤲🏻

    ReplyDelete
  11. Oo boleh ye naik di stesen lain. Yang penting selepas stesen asal beli tiket tu. Tak sabar nak tengok stesen keretapi seremban jadi cantik. Segamat dah singgah dah.

    ReplyDelete
  12. Semoga anak-anak segera sembuh , ibu yang baik pasti doakan anak2 cepat sihat..

    ReplyDelete
  13. Dulu masa ets last kat pulau sebab selalu lah namanya disebut apabila pergi jjcm ke Padang besar bersama kakak2. La ni dah boleh ke JB bila sipa nanti

    ReplyDelete
  14. Husb Cie pulak kena selsema lepas makan musang king katanya. Tak baik2 dah 2 minggu. Cuaca panas jugak sekarang ni. Semoga cepat sembuh anak2nya tu. Bila berjauhan dengan anak2 mak2 la terpaling risau bila anak tak sihat.

    ReplyDelete
  15. Risau kan bila anak² x sihat... dah la musim panas skrg... kena bykkan minum air

    ReplyDelete
  16. Kalau balik Melaka dulu, memang turun kat Pulau Sebang je...senang,naik dari batu Caves..terus je..

    ReplyDelete
  17. moga anakanda cepat sihat, risau bila berjauhan anak-anak demam...

    ReplyDelete
  18. Semoga selamat, Kyra, dan badan kembali sihat dan kuat untuk belajar.
    Saya kalau hantar anak camni, sayu je rasa dalam hati. Padahal dah banyak kali hantar.

    ReplyDelete
  19. bulan lepas kot sy terbaca pasal pulau sebang sentral. tp ada yg komen tak ada laluan dr situ nak ke ktm... and jarak pula jauh...

    btw selamat belajar kyra!

    ReplyDelete
  20. Harap-harapnya semua stesen KTMB yang dibaikpulih dan ditambahbaik wow hasil akhirnya. Bagi pengguna ETS, komuter dan LRT tegar, lega dan happy bila kemudahan yang disediakan tip top

    ReplyDelete
  21. Terlihat padat sangat kendaraannya yaa. Tp nasib baik kalo masih bisa jalan. Kalo dah stuck tak bergerak, yg pening 😄.

    Lagi panas sangat di sana kak? Di sini pula hujan selalu ..

    ReplyDelete