Hari Ahad tu Kyra sepatutnya naik ETS dari Seremban jam 1.39pm. Tapi disebabkan kami perlu ke Melaka, kami angkut jelah dia sekali.
Masa ammi tanya kat cikgu penyelaras batch Khilfi katanya acara townhall boleh selesai jam 12pm jadi ammi pun macam ohhh sempat nak hantar Kyra ke stesen yang selepas Seremban which is Pulau Sebang. Sekali pukul 12 masih tak habis-habis lagi. Lebih kurang 12.20 ammi keluar je dari dewan.
Ada geng mak-mak Temenggung suggest ke stesen Batang Melaka, katanya lebih dekat dengan Mozac. Tapi bila tengok waze lebih kurang je jaraknya dengan Pulau Sebang Tampin tu. Jadi kita pilih Pulau Sebang jelah sebab macam dekat sikit Tampin dengan Seremban berbanding Batang Melaka yang ntah kat mana diamnya.
Boleh ke beli tiket ETS di stesen lain naik di stesen lain?
Jawapannya BOLEH tapi stesen yang kita nak naik tu mestilah selepas stesen asal dimana tiket kita dibeli. Contohnya, ammi beli untuk naik ETS di Seremban ke Gemas tapi kami naikkan anak di stesen selepas Seremban which is Pulau Sebang. Kita tak boleh naik di stesen sebelum Seremban which is Kajang.
Biasanya gitulah. Sapa je nak bagi extra service pada harga yang murahkan.
Melokek la jamnya. Takpe sabar. Kita ada masa lebih kurang 1.20 minit untuk sampai.
Alhamdulillah kereta banyak tapi bergerak. Itu yang penting. Kami sampai disitu tengok jam masih ada 20 minit sebelum ETS sampai. Sempatlah gi masuk Mydin Tampin disebelah stesen keretapi tu kejap carikan Kyra makanan segera dan paling senang ialah ayam gunting. Jam dah nak pukul 2 mestilah laparkan.
Lawa stesennya. Harap-harap stesen keretapi Seremban pun cantiklah juga lepas dibaikpulih.
Dah check in. Ohhh ada sorang lagi budak SESS rupanya. Jalan bersama-sama tapi lepas tu sorang kat sana sorang kat sini.
Melekit-lekit dah muka seketul mak yang sebesar talam ni. Panas lit-lit cuaca.
Bye bye love.
Harap-harap harini dia pergilah klinik. Masa dia call petang semalam dia bagi tau kepala dia sakit sebab selsema dia macam tersumbat taknak keluar. Adoooiii ini semualah hati ammi macam libang libu. Sakit kepala sebab selsema tak best ok.
Yang di Melaka hidung tersumbat, yang di Segamat pun tersumbat juga. Cepat sihat anak-anak abah ammi. Outing 2 minggu lagi insyaallah kami datang jumpa kakak sebab dia tak boleh balik nanti sampai ke bulan Ogos. Bertabahlah ye anak.
Lepas hantar Kyra kami lunch dan marilah mengharungi jam. Ada parents yang hantar anak balik ke Segamat, pukul 12 malam pun tak sampai KL lagi. Penangan cuti 3 hari.
21 Comments
Ya panas nau la cuaca sekarang ni. Pulau Sebang ni cuma pernah tengok kat komuter ajer laluannya. Tak pernah ke Pulau Sebang lagi.
ReplyDeletemoga kyra cepat sembuh. aamiin
ReplyDeleteDania pun pernah balik dari Pulau Sebang masa blom ada kereta dulu..alor gajah ngan tampin kan x jauh...
ReplyDeleteMoga cepat sembuh dan dipermudah kan semua urusan nya.
ReplyDeleteKereta banyak atas jalan tapi bergerak tak apa lagi, kan. Jangan tak gerak.
Biasalah kak bila dah ada cuti lama sikit memang jem saja. Itu cuti awal muharam tu dana malas balik kampung, kang penat melayan jem je hehehe.
ReplyDeleteSeminggu dua ni saya pun selesema mcm x nak sembuh...letih sebab selesema ni...Moga budak2 tu kuat...dan cepat sembuh...
ReplyDeleteehhhh slelalunya org Perak je sebut perkataan libang libu ehehehe
ReplyDeleteSabar laaaa kalau dah mengadap jem macam ni dengan panas nya kan
ReplyDeleteSayu pulak bai-bai dari kejauhan tu....
ReplyDeletePH baru lepas fasa demam selsema batuk sakit tekak semua tu. Semoga kembali sihat ye Kyra & Khilfi 🤲🏻
ReplyDeleteOo boleh ye naik di stesen lain. Yang penting selepas stesen asal beli tiket tu. Tak sabar nak tengok stesen keretapi seremban jadi cantik. Segamat dah singgah dah.
ReplyDeleteSemoga anak-anak segera sembuh , ibu yang baik pasti doakan anak2 cepat sihat..
ReplyDeleteDulu masa ets last kat pulau sebab selalu lah namanya disebut apabila pergi jjcm ke Padang besar bersama kakak2. La ni dah boleh ke JB bila sipa nanti
ReplyDeleteHusb Cie pulak kena selsema lepas makan musang king katanya. Tak baik2 dah 2 minggu. Cuaca panas jugak sekarang ni. Semoga cepat sembuh anak2nya tu. Bila berjauhan dengan anak2 mak2 la terpaling risau bila anak tak sihat.
ReplyDeleteRisau kan bila anak² x sihat... dah la musim panas skrg... kena bykkan minum air
ReplyDeleteKalau balik Melaka dulu, memang turun kat Pulau Sebang je...senang,naik dari batu Caves..terus je..
ReplyDeletemoga anakanda cepat sihat, risau bila berjauhan anak-anak demam...
ReplyDeleteSemoga selamat, Kyra, dan badan kembali sihat dan kuat untuk belajar.
ReplyDeleteSaya kalau hantar anak camni, sayu je rasa dalam hati. Padahal dah banyak kali hantar.
bulan lepas kot sy terbaca pasal pulau sebang sentral. tp ada yg komen tak ada laluan dr situ nak ke ktm... and jarak pula jauh...
ReplyDeletebtw selamat belajar kyra!
Harap-harapnya semua stesen KTMB yang dibaikpulih dan ditambahbaik wow hasil akhirnya. Bagi pengguna ETS, komuter dan LRT tegar, lega dan happy bila kemudahan yang disediakan tip top
ReplyDeleteTerlihat padat sangat kendaraannya yaa. Tp nasib baik kalo masih bisa jalan. Kalo dah stuck tak bergerak, yg pening 😄.
ReplyDeleteLagi panas sangat di sana kak? Di sini pula hujan selalu ..