Dia sudah 11 tahun

 Alhamdulillah.  Bertambah lagi usiamu anak bongsuku.

Anak bongsu yang kalau bercakap tak ada penapis di mulut.  Cakap lepas je sampai pernah sekali kakak cakap kat dia "sebelum cakap kena fikir dulu Khalifah Syafiqah".  Kakak kalau marah memang suka panggil dia dengan nama perempuan gini.  Hahahah..


Budak ni pernah cerah secerah-cerahnya masa kecil.  Pakej putih melepak rambut perang, bulu-bulu kat muka, badan, tangan warna perang.  Sekarang?  Hmmmm entah hilang kemana semua itu.

Masa dia kecil kami semua panggil dia Ozil sebab memang arwah atuk berkenan sangat dengan nama ni.  Masa dia masih dalam perut arwah dah cakap "kalau anak ko lelaki nanti panggil Ozil tau".  Nak-nak bila dia lahir di tanggal 14.07.2014 iaitu final World Cup 2014 antara Argentina dan Germany. 

Tapi kenapa jadi Alip? Ini semua ibu punya pasal.  Sapa ibu?  Ibu tu pengasuh yang jaga Alip dari umur dia 55 hari.  Ibu dan loghatnya sangat memberi kesan kepada Alip.  Masa kecik, memang dia ikut bahasa Muo ibunya.  Pernah sekali dia cakap "Alip lapo".  Pastu dia nak tengok cerita kartun lain kat tv dia pegang remote, jalan kedapur hulur remote ke ammi sambil cakap "tuko tuko".  Hahhaha...ekau ni jang.  Tapi ibu memang pengasuh paling best.  


Sekarang, dia suka bermain bola.  Itulah yang orang kata kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.  Eloklah ke nasi, kalau tumpah ke meja ammi cubit pulak nanti.

Walaupun birthday dia harini tapi semalam lagi kami dah bagi hadiahnya.  


Hadiah tabung dari abahnya.  Tabung viral yang dia pernah beli tahun lepas dah penuh dan padat.  Abah upgrade sikit beli tabung mahal sikit.  Ya ni ada slot masukkan duit dan pakai battery.


Ni hadiah dari ammi.  Sama-sama pilih di tiktok tapi ammi acah-acah kata tiktok dah reject order tu dan dia percaya.


Belikanlah kasut murah-murah je kat TT.  Ini pun confirm 2 bulan lagi dia datang kata kasut dah ketat.  So, semalam dia memang dah rasmikan kasut ni.

Dia selalu juga tanya soalan "kenapa Alip tak ada adik?".  Ammi kata awak ramai adik sepupu, tapi kalau nak adik yang kongsi sama nama abah, abah kena kahwin lain.  Nak ada mak tiri?  Hahhaha terus geleng laju.

Semoga anak bongsu ammi ini membesar dalam keredhaan Allah.

Post a Comment

18 Comments

  1. Happy birthday Ozil..smoga jd ank yg soleh dan berjaya dunia akhirat..sama birthday dgn bff kita arini

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir Alip yang ensem...semoga membesar menjadi anak yang soleh dan disenangi oleh semua orang...

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday Alip...ank saya pun nak beli tabung mcm tu...beli dapat tabung biasa x ada battery...

    ReplyDelete
  4. semoga beristiqomah untuk menabung demi masa hadapan

    ReplyDelete
  5. Hehe.. nasib baik dia tak cakap, nak ayor. Dah jadi orang Perak. Semoga membesar dengan sihat, dan berjaya dunia dan akhirat. 🤲

    ReplyDelete
  6. Random betul yang mak tiri tu Ammi. Jangan Ammi. Kalau 10 orang panggil nama berbeza, jenuh juga dia nak adapt dengan nama. hihi..Happy birthday Alip! Seronoklah dia dapat 2 hadiah dari Abah dan Ammi.

    ReplyDelete
  7. Happy Birthday Alip 🎈
    Semoga yang baik² utk mu nak 🤲🏻
    Sama ngan Angah la, gelap gelemat sekarang haha ... Anak lelaki, kuat main panas kot :)

    ReplyDelete
  8. Happy birthday Alip aka Ozil. Semoga menjadi anak yang soleh. Sebaya anak kita cuma anak Cie gegirl. Jenis cakap lepas tak fikir tu pun sama. Hihi

    ReplyDelete
  9. Sanah helwah Ozil. Sudah jadi bujang handsome ni. Rajin-rajin belajar tau.

    ReplyDelete
  10. Selamat hari lahir si bongsu. Semoga terus berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin!

    ReplyDelete
  11. Dah 11 dah?
    Ini isyarat dah dia dah sesuai ada adik.... hehehhehee

    ReplyDelete
  12. Hahahahaha tergelak langsung saya baca yg trakhir 😂😂😂. Bisa pula itu alasannya ya kak 😄.

    Memang selalunya begitu, anak2 nih putih melepak saat kecil, tapi dah besar, langsung berubah lah, jadi eksotis 😄😄. Kedua anak saya begitu juga 🤭🤣.

    Happy birthday Alip... Semoga Alip tumbuh membesar dan sehat, jadi anak kebanggaan kedua orangtua yaa. 🤗

    ReplyDelete
  13. Happy birthday anakanda Ozil@Alip 🎈🍰💖

    ReplyDelete
  14. Terbayang bila cucu macam adik Alif yang comel lah nampak..bijak budak ni..alhamdulillah..happy birtday ya Alip

    ReplyDelete
  15. Ni pakcik Etuza dari Sabah, bagitau Alip tau hahaha

    ReplyDelete
  16. Sanah helwah ozil 🤩😍putih betul masa kecik!!! Anyway, ur alip ni sama umur dgn my razeen la..bday razeen bln dpn

    ReplyDelete
  17. happy birthday alif.. comelnya tabung.. ^^

    ReplyDelete