Segmen rangkuman abah masak menu apa kembali lagi.  Syukur jelah ammi ni rajin ambil gambar lauk yang dah terhidang atas meja jadi adalah juga bahan untuk blog yang sendu ni.  Kalau tidak tu apa je agaknya ammi nak bebel kat sini.

Terima kasih Imamku sebab susah payah masak.  Kalau boleh lepas masak laplah dapur, lap dinding sekali.  Kalau bolehhhhh, tapi taknak pun takpe....nanti saya buat.  Ahaksss.  

Banyak hal eh ko Sharmila.  Suami dah tolong masak banyak pulak requestnya.


Sambal udang tomyam.  Masa memula makan ammi macam ni sambal ke tomyam?  Abah kata ada letak pes tomyam kat dalam sambal tu.  Ikut sukalah janji sedap dan kena di tekak.  Dilawan pula dengan kailan ikan masin.

Pengsanlah lepas ni kena makan ikan tenggiri masin ni selalu.  Ammi tengok dalam peti ais bapaklah panjang ikan masin tu.  


Kari telur, kacang panjang goreng, dan ikan masin goreng.  Ahakss...kan dah cakap ikan masin ni akan kerap berada atas meja.


Ayam masak apa, abah pun taktau.  Ada rasa kari, ada rasa kicap, ada rasa pedas....yang pastinya sedap.  Gitulah bila masak ikut hati je.  Abah kata kalau sedap makan sampai habis sebab belum tentu kalau disuruh buat balik akan jadi sama sebab dia pun tak ingat apa dia letak.  Ahaks.

Makan bertiga tapi sayur sebekas besar.  Jenuhhhhh tau nak habiskan.  Sebab sayur kalau disimpan nanti dia benyek.


2 lauk je abah masak.  Lauk lemak perut tu kakak ipar di Senawang yang tapaukan.  Disebabkan ammi tak makan perut jadi abah bakarlah ikan untuk ammi.  


Ada sekali tu abah tak sempat nak masak.  Jadi abah orang lain tolong masakkan untuk kami.  Kebetulan abang sedara ni memang anak-anaknya panggil dia Abah pun.  

Macam dah tak ramai je orang guna panggilan abah ni.  Kalau abang sedara ammi ni...dalam 9 beradik dia hanya dia je yg guna abah.  Dalam family abah sendiri pun...dalam 12 orang adik beradik, dia sorang juga yang kekalkan panggilan abah.

Dan setakat ni ada sorang je anak buah...si Adam yang ke Jepun tu yang bahasakan dirinya Abah pada anak-anak.

Ehhhh nak cerita pasal lauk, tetiba masuk topik "Abah" pulak.