Senarai sekadar senarai

Sehari sebelum Kyra balik ke asrama kami pergilah membeli barang keperluan dia dan Khilfi.  Barang Khilfi standardlah - deodorant, shampoo, shower gel.  Khilfi bagi list je kat kakak sebab dia nak pulun last kopek main game kat rumah.

Barang Kyra dalam list memang biasa.  Ibarat campur barang Khilfi dan Kyra cukup sekadar satu plastik je masa di counter.  Sampai di lokasi terus jadi "luar biasa".


Penuh tangan kiri kanan dan ayat dia "its okay ammi, biar kakak je yang bawak semuaaaa".  Hahhahaha rasa bersalahlah tu.

Hari Isnin tu patut lepas hantar Kyra ke station keretapi abah perlu ke Melaka pula hantar Khilfi.  Tapi malam Ahad tu adik ipar ammi (Umi) call bagi tau pepagi esok dia sampai rumah.  Dia memang nak ke Melaka jadi nanti dia jemput Khilfi dan drop off di sekolah.

Mujur jugalah Umi tolong hantarkan Khilfi.  Train Kyra delay for almost 1.5 hours.  Jadual asal 1.39pm ETS akan tiba di Seremban tapi jadi delay sebab masalah berpunca akibat kehilangan cable di stesen Kampar kalau tak silap.  


Sebab dah dimaklumkan oleh petugas KTM jadi dia perlu scan masuk ikut waktu sebenar dan boleh datang semula lepas 1 jam.  Sempatlah gi solat zohor dulu dan dia pauuuu abah dia pulak kat A&W.  

Ammi sampai rumah petang tu, lepas dah selesai dinner abah kata "kakak ada tinggalkan awak mende ntah dalam fridge tu".  Ammi gi tengok...ohhhh tteokbokki.  Tapi banyaknya lahai dia simpankan.


Sebab dah dinner, jadi esoknya ammi bawak jelah ke office.  Jadilah ini lunch untuk ammi di hari Selasa.  Bukan selera ammi sangat sebab rasa macam makan chewing gum gitu tapi dah namanya rezeki dan usaha anak kita, takkan kita nak buangkan.  

Thank you love.

Post a Comment

0 Comments