Playlist Khilfi

Malam tadi setelah sekian lama tak update blog, ammi pun bukalah laptop dirumah.  Post yang publish dari Isnin sampai Rabu adalah auto-published entry yang ammi dah draft minggu lepas kot.  Tu yang sehari ada satu je tu buat syarat.

Masa nak edit gambar ammi nampak ada satu folder "lagu khilfi" kat situ.  Bila ammi buka, ammi macam alahaiiiiii, ini lagu awak ke lagu abah ammi?  Apa sama pulak selera telinga kami?



Nasib dalam list khilfi ni tak ada lagu meleleh-leleh jiwang atau lagu zaman sekarang yang "tak berapa nak sedap ditelinga" ammi ...kalau ada ohhhh noooooo.

Kalau playlist Kyra ammi yakin berbaris lagu Stray Kids dia.  Beriya dengar lagu korea, tapi tak pernah pun ammi tengok dia tonton cerita korea.  Dia lebih banyak tengok anime.  


Post a Comment

9 Comments

  1. Tak padan dengan usia, layan lagu-lagu tahun 90an heheheh jiwang tangkap leleh

    ReplyDelete
  2. Lagu ni memang layan hahahaha... Mesti feeling kalau dgr ni....

    ReplyDelete
  3. Lahir di tahun yang salah ni.... hehehehe

    ReplyDelete
  4. Amboi lagunya semua tangkap leleh. Hihi

    ReplyDelete
  5. Mak aihh..jiwa sentimental ni. Layan lagu tangkap leleh. hihi...lain selera telinga Khilfi tak macam generasi sekarang. Tapi lagu ni kan evergreen. Okaylah tu. Boleh dengar sama-sama tak gaduh tukar lagu lain. hihi..

    ReplyDelete
  6. Eh anak skr lagu2 fav nya memang lagu lama kak. Anak saya yg sulung suka lagu2 Slipknot, Metallica, nirvana .. ntah Krn sering dengar saya memutar lagu2 rock, atau dia cari sendiri. T saya prefer dia suka lagu2 lama drpd yg skr memang 😅. Yg skr ini macam tak sebagus dulu. Lagunya tak melekat lama 😄

    ReplyDelete
  7. wah..pandai dah..pilihan lagu..not bad

    ReplyDelete
  8. wow lagu -lagu bukan zaman Gen Z tu! hehe

    ReplyDelete