Kedai kopi ni terletak di Singapore Street. Bukan di Singapore tapi di Seremban. Ini tempat tumpuan kami dulu-dulu masa bulan Ramadhan. Sebab masa bulan Ramadhanlah kita beli bahan untuk nak buat kuih.
Ramadhan tahun ni pun ammi dan Kyra ada ke sana, tapi hmmmm suasana dah tak semeriah dulu. Dulu masuk kedai ni penuh, masuk kedai tu penuh dengan acik-acik yang nak beli bahan buat kuih. Kyra kata agak mahal harga butter, harga tepung kalau dibandingkan dengan pasaraya. Oh really? Camno ni anak lebih alert pada harga daripada mak?
Tapi kenapa ammi tak pernah tau Warung Kopi Peng ni wujud disini? Ammi baca blog Mummy Ayu hari Jumaat tu baru ammi tau ada tempat ni. Masa ammi google, rupanya orang Tanah Jauhar pun dah pernah sampai uoolls. So, marilah hari Sabtu tu kita ke sini, dah alang-alang ko pun memang sejenis malas nak masakkan.
Kami dapat satu parking yang cun, terlindung dari cahaya matahari. Bila abah keluar je dari kereta, sepantas kilat abah masuk balik. Rupanya kami parking bebetul depan kedai jual daging ba alif ba ya. Tergantung-gantung daging tu dalam kedai tu. Ahaksss. Dah marilah cari port parking lain.
.png)
18 Comments
Alip, away kedut dahi tu. Tapi tetap cute. Nampak sedap semuanya. Betul kalau menu banyak, habis masa memilih je. Rambang mata dan selera.
ReplyDeleteLayan wooo kopi nya
ReplyDeleteSesekali makan kedai best gak kan. Cuya lama tak makann luar dgn family
ReplyDeleteAduh....dia dh sampai dh...kami pun x sampai-sampai lagi ni...ntah bila nak pi ni
ReplyDeleteAduh....dia dh sampai dh...kami pun x sampai-sampai lagi ni...ntah bila nak pi ni
ReplyDeleteSedap pulak nampak kopi tu.
ReplyDeleteAiseyman salah parking la pulak ye 😅
ReplyDeleteAlip boleh geng dgn Aunty PH. Asal nampak nasi lemak tak pandang dah menu lain :)
Alamak, part parking tu. Mujur selera masih ada untuk terus makan.
ReplyDeleteSuka tengok menu-menu breakfast. looks yummy!
Lambat orang Seremban sampai, hahaha! Nanti kalau datang Seremban lagi boleh repeat.
ReplyDeleteDah siap tersusun di rak, pakai ambil je ye. Cantik kedainya. Sedapnya latte. 😍
ReplyDeleteyeay..sampai dah ..ok kan food dia, best part ada coffee tu and suka vibe kedai tu...best!!
ReplyDeleteCantikk kedaiinya
ReplyDeleteKalu g Seremban blh cari ni
Saya pun x berapa gemar makan roti telur goyang dengan sekaya...mesti cari sambal...
ReplyDeleteroti goyang tu buh kaya mmg x best...menu lain nmpk sedap2 semuanya..
ReplyDeleteMacam menarik je kedai ni. Nampak warung klasik. Menu dia pun nampak menyelerakan. Boleh lah cuba nanti.
ReplyDeleteSama macam anak saya. Nasi lemak always forever 😂😂. Tp memang sedaaap lah. Utk sarapan pun selalu ya saya akan pilih itu. Kalo mi kari, LBH sesuai utk siang buat saya 😄
ReplyDeleteKadang tak perlu menu banyak² kalau yang ada pun memang dah menepati selera.
ReplyDeleteAlah.. Sha pun akan potong kalau roti bakar telur goyang ada kaya.. huhuhu..
ReplyDelete