Hari Isnin masa ammi tengah mengantuk kat office sambil key in office expenditure dari early this year masuklah WhatsApp messages bertalu-talu.  Ammi off group notification tapi manjang je ammi nampak phone ammi kekejap menyala.  Ehhhh ko ni.

Bila buka whatsapp ammi nampak tajuk JAMUAN RAYA 5 KEKWA dan tengok date ehhhhh seriuslah hari Selasa?  Bila cikgu inform dalam group.  Ammi macam tak perasan pun.  Ammi macam ehh apa benda nak bawa ni.  

Ammi pun calling-callinglah along ammi kot-kot dia ada talian hayat dan Alhamdulillah...settle masalah.  Kita order, bayar dan malam along hantar ke rumah.


Balik semalam lelaju ironkan baju raya dia.  Kita guna baju raya tahun lepas jelah ye Alip.  Baju tahun ni Kurta.  Macam tak best pulak.  Kelas Alip ni di tingkat 2, tapi kenapa ada roller shutter dibelakang kelas?  Dewan sekolah ni kat tingkat 2 ke?



Eh, ada pulak kembaran sama warna di situ.


Antara makanan yang disediakan oleh parents.



Yang ammi bekalkan ada di dalam cooer box.


Ammi bawakan ini je.  Oreo choco pop.  Sebab ada coat dengan coklat jadi kena biarkan dia sejuklah.  Takut mencair je karang apa pulak rupa coklat tu.

Next year kalau bawa aiskrim pun best jugakan.  Tapi cooler box kena yang padulah.  Kalau guna yang ini macam hmmmm.