Ini kejadian hari Khamis lepas, lebih kurang jam 11 pagi ammi ke Tabung Haji dulu buatkan akaun Kyra dan Khilfi.  Alip ammi dah buat haritu sebab dia ada MyKid yang dalam tu memang ada nama ammi.  Untuk yang dah ada mykad dan dibawah usia 18 tahun, kena bawa surat beranak yang ada nama salah sorang parents.

Tapi sebelum ke Tabung Haji, korang kena download dulu apps THiJARI dan masukkan maklumat anak.  Kiranya pergi ke TH nanti untuk verify je.

Ammi memang malas je nak masak sebab perut meragam manja masa tu.  Tengahari tu kami makan je lauk frozen yang dibawa balik dari Melaka.  Usai maghrib moh le gi cari makan kali ke berapa ntah kami makan di sini.  Abah suka daging goreng kunyit di kedai ini.


Terletak di Gerai MBS, Taman Paroi Jaya.  Betul-betul berdepan dengan Kedai Kerepek Paroi.  Konsepnya ko gi kat depan tu, order, bayar dan duduk.


Ammi order grilled chicken


Khilfi ambil Nasi Goreng Creamy Chicken


Kyra ambil Aglio Olio tapi podeh wehhhh.    Memontang kodai eh kek negeri sembilan dibantai eh lotak cili selambak gak eh



Kami tapi yang ada dalam gambar hanyalah heroes kami.

Hampir 40 minit menunggu, hidangan abah & alip tak sampai-sampai.  Mujur juga dia ada cukai lauk kitorang sesudu dua.  Kalau tidak kesian dia lapar bila lauk orang lain dah habis.  Dorang order nasi goreng daging kunyit dan abah punya daging kunyit cili padi.

Abah panggil budak yang hantar-hantar lauk tu dan soalan tenang abah buat ammi macam nak tersedak "dik, cuba check kat tukang masak agak-agak tahun 2026, 2 lauk ni boleh siap tak?" sambil tunjuk kat resit nama 2 menu yg tak sampai tu.  Memang tenang nadanya tapi sinis nau ayat tu Abah ooooiii.  Terkulat-kulat muka budak tu.

Kejap tu sampailah lauk, dan tak perlulah tunggu sampai 2026 baru dapat makan.