Ini cerita Jumaat lepas.

Setelah sekian lama ammi tak briskwalk, Jumaat pagi minggu lepas ammi rajinkanlah diri keluar bersenam.  Ada 2-3 kali ammi buat indoor cycling tapi lutut kiri ammi tak larat nak kayuh basikal tu walaupun guna gear paling ringan.  

Ammi ajaklah Khilfi teman ammi.


Dapatlah lebih kurang 4.3km briskwalk.  Kalau campur jalan-jalan dalam rumah masa buat kerja rumah bolehlah jadi 6-7km kot.  Berat badan ammi naik mencanak-canak ni.  My last best weight was 58kg sebelum ammi kena gastrik yang teruk tahun lepas.  Pastu ammi stop IF, ammi sarapan pagi kat office macam biasa dan hasilnya sekarang berat ammi 64kg.  64 yang dah nak ke 65kg.  Sedih.



Kita singgah ZUS beli coffee jap pastu gi sarapan dulu.  Ammi minta roti bakar without kaya je satu dua set.  


Peneman ammi, pekena laksa di pagi hari.  Baju merah ni dia beli di Sports Planet masa kitorang gi JB haritu.  Beriya nak merah sebab katanya dia rumah Merah di sekolah.  

Selesai makan marilah kita balik jalan kaki semula.  At least takdelah rasa bersalah makan roti bakar 2 sets ahakss.

Balik rumah sebelum mula kemas dan masak eh kat group sekolah kakak ada cikgu yang share ni.  Katanya penyertaan PAJSK peringkat antarabangsa.


Maka ammi pun lelaju daftarkan Kyra dan Khilfi.  Kita takdelah sampai ke Terengganu sana berlari.  Kita ambil yang Virtual Run je untuk anak-anak.  Alhamdulillah, nombor penyertaan semua dah dapat, lepas habis Ramadhan nanti masa korang bercuti bolehlah berlari.  Korang lari ammi berjalan.  Amacam??

Kyra belum tau pun lagi ammi daftarkan nama dia kat sini. Kalau dia tau apa ntah reaction dia.  INI ADALAH PAKSAAN!!


Alhamdulillah, setakat 17 Februari ammi dah berjaya selesaikan misi 100,000 steps ammi.  Dah sampai ke Stockholm Sweden dah pun.  Ahakss.





Bulan depan Ramadhan, tapi ammi enrol je untuk join challenge ke Tokyo.  Manalah tau tetiba rajin pulak berjalan dibulan puasa.