Ahhh gitu tajuknya. Sesekali biarlah tajuk tu nak cakap omputih.
Hari Jumaat, kami cuma jemput Khilfi di Terminal 1 Seremban je. Dia naik bus dari Melaka Sentral. Patutnya dia naik grab dengan kawan dia dalam pukul 12 gitu ke Melaka Sentral tup tup pukul 10 lebih dah kena gerak sebab tiket kawannya pukul 11 pagi rupanya. Nak order grab eh handphone kawannya habis batterylah pulak. Mesti kes masa serah phone kat warden dia lupa nak off ke apa agaknya. Bila ambil bateri kong terus. Terpaksalah cikgu yang orderkan grab untuk anak-anak murid ni.
Hari Sabtu, kami ke Taman Melati. Kawan abah buat majlis kahwinkan anak. Selesai je majlis (buat di dewan dalam shopping mall), kami teruslah ke Sports Planet sebab ada sale katanya. Khilfi dari balik semalam tu dah cakap boots bolanya dah ketat.
Kat situ, mana yang dia berkenan (dari segi rupa paras dan harga) semuanya takde size yang diinginkan. Dah alang-alang kat situ, kami teruslah ke KL East Mall.
Otai tengah ajar cara nak pilih boots.
Muka ada sunyum. Pastu jangan pulak 3 bulan lagi datang dan cakap "kasut boot abang dah ketat"...ammi pekkkkk karang. Beli yang murah-murah je sebab takat nak buat main petang-petang je. Dan abahnya pun cakap "abah dulu main kaki ayam je takyah pakai boots bagai".
Masa turun escalator satu demi satu tingkat ammi dengar suara macam suara
Ameng. Ammi cakap ngan abah, abah kata mana ada. Ehhh suara Ameng tu bukan ramai orang yang ada pun.
Haaaa sekali betul pun. Tapi ammi tak pergi dekat pun, tengok dari atas je sebab kat bawah tu ramai. Masih sedap, enak didengar suara dia ni ye.
Sampai Seremban, kami singgah solat maghrib di
Masjid Hussain Seremban 2 sebab konon nak dinner dia area Seremban 2 je. Ini pertama kali kami solat disini. Best suasananya. Suara imam kedengaran muda sangat dan bacaannya Ya Allahhhh, lembut menusuk ke hati. Syahdu je rasa.
Gambar Masjid Hussain Seremban 2 (ihsan Google).
Masjid ini diwakafkan oleh Tan Sri Abdul Rashid Hussain. Semoga Allah sahaja yang menimbang dan membalas amal jariah beliau.
Menu yang dipesan mengikut putaran jam
Lamb Chop Premium
Chicken Grill
Anak yang di Segamat dah rindu kat adik dia yang sorang ni. "Masa abah ammi datang nanti abang tak boleh outing ke?, kakak dah lama sangat tak jumpa abang. Macam rindu pulak". Sebut jelah "kakak rindu abang"...takyahlah nak sebut macam rindu, macam rindu. Elehhhh. Baru ammi perasan Khilfi dan Kyra sangat jarang bergaduh dari dorang kecil. Age gap yang terlalu dekatkah yang buat mereka rapat?
Berpanau pulak muka anak bujang ni. Macam mana nak hilangkan panau ni?
3 Comments
Untung ada otai tolong pilihkan kasut. Hihi...Kita tengok 3 bulan lagi camne perginya. Kot kena beli lagi yang baru. hihi...Sesekali anak bujang balik dapat juga jalan-jalan dan makan bersama. Macam rindu eh, ayat cover tu. Eloklah begitu tak bergaduh. Semoga terus baik sampai akhir hayat.
ReplyDeleteanak2 linda memang rapat, 2tahun sorang... semua sama je gap nya..tapi bergaduh sakan je kak.. hahaha
ReplyDeletelama nya x jengah sini.. sowie tau
ReplyDeletewah..dpt boot baru...yeay!!!