Sabtu minggu lepas ada pulang pilihan di sekolah Khilfi. Student menengah rendah memang boleh balik hari Jumaat, tapi menengah atas cuma boleh pulang hari Sabtu selepas habis program.
Sekarang Khilfi lebih suka habiskan masa di sekolah sebab katanya macam membazir je untuk abah jemput hari Sabtu tengahari pastu Ahad dah perlu kembali ke sekolah. Balik sebulan sekali pun ok katanya. Tu sebabnya kami allocate masa kadang-kadang untuk pergi melawat dia disekolah.
Minggu lepas untuk Tingkatan 4 ada program apa ntah...ammi pun lupa dan dahlah lupa malas pulak tu nak check semula dalam group WhatsApp batch. Hmmm perangai betullah si Sharmila ni.
Macam biasa bila cikgu share gambar kita mak-mak akan zoom in zoom out cari kelibat anak. Walaupun anak ni dah 4 tahun diasrama tetaplah gitu. Jangan kata dia...Kyra yang dah di Matriks pun ammi masih tercari-cari kalau ada orang up story di Tiktok. So far hampalah...tak pernah nampak pun Kyra photo boom video orang.
Dijadikan cerita...ammi jumpa gambar ni dulu yang kaunselor share di group.
Nampak dari belakang macam anak sendiri. Tapi kita pun confuse sebab dalam gambar ni nampak budak ni sedikit berisi. Tengok pada kasut memang nampak macam kasut dia...hmmm.
Pastu bila cikgu share pulak gambar ni ammi tengok macam eh memang betul ke dak Khilfi Syahmi ni kembali mengembang? Rambut dah panjang. Nyampah pulak kita tengok rambut pelajar kalau pepanjang gitu.
Takkan seminggu pergi ke Indonesia dah 'semangat' badannya. Jangan kembalikan size lama itu ye Khilfi Syahmi.
Khilfi yang comel dan tembun bersama abang angkatnya satu ketika dulu. Diwaktu dia masih comel dan suaranya juga masih comel.
Haritu ammi duduk berdua dengan abah, pastu ammi tanyalah..."awak ingat tak suara abang masa dia sekolah rendah dulu"...serius, dia ada suara yang sangat manja dan comel. Abah kata dia teringat suara masa kitorang beli lauk bungkus kat rumah pastu dia tak menyempat pergi buka ikatan kuah sup dan kuah tu jatuh atas peha dia dan melecur teruk pehanya. Masalahnya masa kejadian tu kitorang ni dok ingat dia gelak, rupanya dia nangis. Alahaiiii masa tu
Alip pulak suaranya agak kasar dan garau. Katanya suara dia ala-ala Zul Ariffin. Huhu.
12 Comments
Perghhhh suara suara Zul Ariffin tu Alip, cayalah 😉
ReplyDeletePH pun sama, masih tercari² gmbr Abang setiap kali Pengarah share gambar. Selagi tak jumpa, selagi tu dok teropong 😅
Sekejap aje anak-anak membesar kan?Semoga Khifli terus sihat dan sukses selalu ye.
ReplyDeleteAhhh...mak tak boleh terima suara yang sekarang...hahaha...
ReplyDeleteTeringat anak saudara badan sihat juga.
ReplyDeletepart zoom cari muka anak2 dlm gmbr2 sek--sama mcm MZ! ahhahah pe'el mak2 kottttt
ReplyDeleteLain juga bila dah besar.
ReplyDeleteMakan sedap2 la kat asrama tu.
ReplyDeleteAnak Sis aja yang takde sorang duduk asrama kecuali sambung U jerr.. seronok tgkkk.. ramai kawan, makan teratur.. sampai sore pun dah berubah artis ekk hehehehe
ReplyDeleteMakan sedap kat asrama kot kak, itu yang abang dah jadi berisi semula tu hehehe. Kang dia sibuk bersukan selim lah semula
ReplyDeleteZoom gambar ank tu mmg saya pun selalu buat...kalo x der gambar lagi gelisah...
ReplyDeleteHahaha bertuah betul si Alip, siap claim suara ala-ala Zul Ariffin ye! Khilfi pulak maintain comel dari kecil sampai besar. Biasalah mak-mak Ammi, kalau tak teropong gambar anak dalam group WhatsApp memang tak sah hari kita!
ReplyDeleteSaya sukaaaa confidence nya Alif 😄😄😄👍👍👍.
ReplyDeleteJangan salah lah kak, dah saya bilang, hotel Alif kemarin sepanjang jalan tuh kuliner. Saya saja kalau nak jajan, suka beli di kawasan itu juga 😂😂.