Sesi throwback Thursday kembali lagi.
Hari Jumaat lepas, ammi bekerja uolls. Alhamdulillah, bekerja untuk 95% terakhir untuk file yang bagi tekanan perasaan untuk ammi dan boss ammi. Ahaks. Memula ammi ingat ammi je tertekan, rupanya boss pun sama.
Balik je kerja, masuk kereta terus ammi cakap "baaaaa, awak tau kitorang dah tak payah buat blablaba...". Bercerita penuh perasaan sebab weiiiii ammi rasa file ni antara punca ammi hilang mood nak berblog.
Pastu Jumaat tu adalah naik kat memori Facebook tentang apa yang berlaku 5 tahun lepas.
MC seminggu lepas buat prosedur jantung berakhir. Marilah masuk kerja. Gigih ek update apa ko masak kat FB walaupun takat sandwich gitu-gitu je.
Dan alamakkkk masuk pulak Farmville buddy ammi bagi komen. Ammi ni tak tau dia orang apa sebenarnya tapi kami rapatlah di coop kami di Farmville. Dia pindah co-op mesti ajak ammi sekali. Saling bantu membantu gitu. Dan masalahnya tiap kali kalau dia ada sekali bermain ammi rasa macam tengah main dengan The Rock, Dwayne Johnson sebab kalau dia tukar gambar profile tu pun balik-balik dia pilih muka The Rock.
Sekarang, ramai kawan-kawan Farmville yang ammi dah remove dari friendlist sebab kami pun dah tak aktif main, tak aktif berborak. Nak-nak bila dorang bukan orang Malaysia kan...kita remove jelah. Last sekali ammi join group coop Indonesia tapi alamakkk tuan, account ammi kena hack pulak. Sudahnya uninstall jelah terus game yang main sejak tahun 2013 ni.
.png)
.png)


9 Comments
zaman2 dulu mmg byk games yg best2 di FB, Farmville adalah salah satu daripadanya. saya pon terjebak juga
ReplyDeleteSama la ammi, nieyl pun dah x aktif fb sgt skrg ni..
ReplyDeletelebih IG , itupun nieyl link kan je fb ngan IG tu senang update 2 in 1 je..
Farmville pun dah lama x main...
Dengan main game pun kita boleh jumpa kawan kan... lama tu akak main game tu sayang kan.
ReplyDeleteLama sangat tak main game di Facebook
ReplyDeleteuishhh dulu2 rajin berkebun. lepas ada anak hilang dah semua tu. kita beralih ke korea pula
ReplyDeletelast main farmville tahun 2010.. hahaha.. zaman dekat U memang itu lah kerja nya...kalut tengok jam, sebab nak harvest
ReplyDeleteBaca tajuk ingat berkebun betul Farmville rupanya. Hehe.. seronoklah kalau ada kawan coop yang rajin membantu. Saya pun dah stop main farmville. Kerja lain tak jalan main benda alah tu.
ReplyDeleteCie la antara orang paling marah kalau ada orang invite main games kat FB tu 🤣
ReplyDeleteAiiiih, saya tak main kalau Farmville. Tp games yg skr, komunitasnya ya hanya di games itu kalau chat. Tak pernah sampai add FB 😅.
ReplyDelete