Tengahari Rabu, Khilfi call ammi. Dia kata "ammi, abang ada berita nak sampaikan kat ammi. Abang harap ammi ok". Aishhh dup dap dup dap dada kita bila dia cakap gitu.
"Abang dapat nombor 10 dalam kelas". Auchhhhh ammi terus sebak uolls. Ini keputusan terbaik Khilfi pernah dapat disekolah menengah.
Pernah jadi antara pelajar terbaik masa sekolah rendah, tak pernah dapat nombor bawah dari 5 TAPI bila dia berada di sekolah menengah yang pelajarnya rata-rata yang terbaik dari sekolah masing-masing, ammi terus tak pernah lagi nampak single digit number dalam report card dia.
"Ammi nak abang jadi top 30 kan kat batch. Abang tak dapat", katanya. Baru nak sedikit kecewa tapi dia sambung "tapi abang dapat tempat ke-29 dalam batch". Ya Allahhhhhh, terus menitik airmata ammi. Sesungguhnya mak kamu memang takde kunci nak kawal airmata ni. Dia auto mengalir.
Sepanjang 3 tahun di MOZAC, kedudukan dia biasanya di ranking ke 60-70 je daripada 141 pelajar. Ammi cabar dia dari tingkatan 2 sebenarnya. Ammi cabar untuk dia letakkan nama dia di dalam senarai top 30. Dan Alhamdulillah dia buat comeback yang bersungguh-sungguh. Alhamdulillah. See abang, I've told you right. Setiap usaha, setiap penat, setiap kesakitan memang akan ada hasilnya.


19 Comments
Alhamdulillah dengan pencapaian anak ammi.. Kalau ada semangat inshaa Allah berjaya. Semoga abang terus cemerlang dalam pelajaran dan apa jua bidang yang diceburi.
ReplyDeleteTahniah .. segala usaha penat lelah hilang bila dapat buktikan "kau boleh". Alhamdulilllah... Tahniah untuk Khifli dan Ammi
ReplyDeleteCongratulations 🎉👏🏻
ReplyDeleteFhm sgt perasaan ammi tu. Kalau menitis air mata mmg logik, siang mlm kita dah doakan mereka kan?.
ReplyDeleteTapi bab intro tu, kalau sy pun berderau. Dah ingatkan ada berita buruk atau apa kan?. 😅. Nauzubillah.
Congrats Kifli & ibu. Moga terus sukses.
Alhamdulilah tahniah untuk si abang. Tahniah juga pada akak sebab tak serik memberi dorongan dan semangat
ReplyDeleteAllahumma solliala Sayyidina Muhammad
ReplyDeletealololo..tahniah khilfi..sama anak dara kita, setakat ni di sek men blom dpt single digit, namun dptlah masuk top 30 in batch tu...moga anak2 terus cemerlang dunia akhirat..amin
ReplyDeletetahniah. good job. budak2 sekarang ramai pandai2 & silibus memang susah jugak. semoga terang hati anak2 kita nak menuntut ilmu.
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah abang! Semoga terus sukses 🤲🏻
ReplyDeleteTahniah abg Kilfi, you deserved it💪
ReplyDeleteTahniah untuk si abang. Tahniah juga buat si mak yang selalu membakar semangat anak supaya bersungguh belajar.
ReplyDeletealhamduillah..congrats beb..congrats to abang..you did so well!! moga terus maju lagi key...
ReplyDeletebab air mata tu, sama la kita..happy nangis, sedih jgn ckp la kan, terharu nangis..memang emo sungguh la...
tahniah awak
ReplyDeleteTerbaiklah abang... semoga terus sukses..
ReplyDeleteAda je ayat mendebarkan buat ammi ya.
Tahniah pada Khilfi dan Ammi juga. Acik tumpang seronok. 👏👏
ReplyDeletealhamdulillah tahniah abang , tahniah Ammi. doa seorang ibu sentiasa mengiringi anaknya
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah untuk Kifli dan keluarga. Semoga terus cemerlang ye
ReplyDeleteYeah...u can do it Khilfi...Tahniah ye...buat ammi juga..tahniah...omak eh nampak brutal tapi hati tisu erkkk....
ReplyDeletecongrats utk khilfi! moga terus fly high utk spm insya Allah. terbaek dh tu!
ReplyDelete