Curahan rasa hati

Tengahari Rabu, Khilfi call ammi.  Dia kata "ammi, abang ada berita nak sampaikan kat ammi.  Abang harap ammi ok".  Aishhh dup dap dup dap dada kita bila dia cakap gitu.

"Abang dapat nombor 10 dalam kelas".  Auchhhhh ammi terus sebak uolls.  Ini keputusan terbaik Khilfi pernah dapat disekolah menengah.  

Pernah jadi antara pelajar terbaik masa sekolah rendah, tak pernah dapat nombor bawah dari 5 TAPI bila dia berada di sekolah menengah yang pelajarnya rata-rata yang terbaik dari sekolah masing-masing, ammi terus tak pernah lagi nampak single digit number dalam report card dia.  

"Ammi nak abang jadi top 30 kan kat batch.  Abang tak dapat", katanya.  Baru nak sedikit kecewa tapi dia sambung "tapi abang dapat tempat ke-29 dalam batch".  Ya Allahhhhhh, terus menitik airmata ammi.  Sesungguhnya mak kamu memang takde kunci nak kawal airmata ni.  Dia auto mengalir.

Sepanjang 3 tahun di MOZAC, kedudukan dia biasanya di ranking ke 60-70 je daripada 141 pelajar.  Ammi cabar dia dari tingkatan 2 sebenarnya.  Ammi cabar untuk dia letakkan nama dia di dalam senarai top 30.  Dan Alhamdulillah dia buat comeback yang bersungguh-sungguh.  Alhamdulillah.    See abang, I've told you right.  Setiap usaha, setiap penat, setiap kesakitan memang akan ada hasilnya.


Esok ada dinner untuk Superisme dan buat pertama kalinya anak bujang ammi ni akan terima anugerah akademik di sekolah menengah.  


Bergembiralah anakku esok hari.  Abang dah berusaha keras, ammi cuma harap banyaklah gambar abang yang cikgu dapat kongsikan kat group.  

Pagi tadi ada temuduga untuk BADRI bagi sesi tahun hadapan.  Semoga abang dapat pertahankan jawatan di dalam BADRI ye.  

Post a Comment

19 Comments

  1. Alhamdulillah dengan pencapaian anak ammi.. Kalau ada semangat inshaa Allah berjaya. Semoga abang terus cemerlang dalam pelajaran dan apa jua bidang yang diceburi.

    ReplyDelete
  2. Tahniah .. segala usaha penat lelah hilang bila dapat buktikan "kau boleh". Alhamdulilllah... Tahniah untuk Khifli dan Ammi

    ReplyDelete
  3. Fhm sgt perasaan ammi tu. Kalau menitis air mata mmg logik, siang mlm kita dah doakan mereka kan?.

    Tapi bab intro tu, kalau sy pun berderau. Dah ingatkan ada berita buruk atau apa kan?. 😅. Nauzubillah.

    Congrats Kifli & ibu. Moga terus sukses.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah tahniah untuk si abang. Tahniah juga pada akak sebab tak serik memberi dorongan dan semangat

    ReplyDelete
  5. Allahumma solliala Sayyidina Muhammad

    ReplyDelete
  6. alololo..tahniah khilfi..sama anak dara kita, setakat ni di sek men blom dpt single digit, namun dptlah masuk top 30 in batch tu...moga anak2 terus cemerlang dunia akhirat..amin

    ReplyDelete
  7. tahniah. good job. budak2 sekarang ramai pandai2 & silibus memang susah jugak. semoga terang hati anak2 kita nak menuntut ilmu.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah tahniah abang! Semoga terus sukses 🤲🏻

    ReplyDelete
  9. Tahniah abg Kilfi, you deserved it💪

    ReplyDelete
  10. Tahniah untuk si abang. Tahniah juga buat si mak yang selalu membakar semangat anak supaya bersungguh belajar.

    ReplyDelete
  11. alhamduillah..congrats beb..congrats to abang..you did so well!! moga terus maju lagi key...
    bab air mata tu, sama la kita..happy nangis, sedih jgn ckp la kan, terharu nangis..memang emo sungguh la...

    ReplyDelete
  12. Terbaiklah abang... semoga terus sukses..
    Ada je ayat mendebarkan buat ammi ya.

    ReplyDelete
  13. Tahniah pada Khilfi dan Ammi juga. Acik tumpang seronok. 👏👏

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah tahniah abang , tahniah Ammi. doa seorang ibu sentiasa mengiringi anaknya

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah tahniah untuk Kifli dan keluarga. Semoga terus cemerlang ye

    ReplyDelete
  16. Yeah...u can do it Khilfi...Tahniah ye...buat ammi juga..tahniah...omak eh nampak brutal tapi hati tisu erkkk....

    ReplyDelete
  17. congrats utk khilfi! moga terus fly high utk spm insya Allah. terbaek dh tu!

    ReplyDelete