Lama dah tak buat sessi Abah Masak Apa ni.
Hampir setiap hari suami masak kecuali hari yang dia terlewat balik dari urusan kerja dia, atau dia kekeringan idea. Tapi bukan setiap kali dia masak, isteri yang balik kerja terus tuju ke meja makan ni rakamkan gambar. Selalu je perut itu lebih didahulukan dari telefon. Ishhhh teruk betul perangai isteri tu ye.
Ada masa abah masak ikut apa yang ammi request atau ammi share kat whatsapp. Thank you sebab menyantuni selera saya.
Ini lauk paling latest - hari Selasa (15.7.2025) punya. Abah buat ayam masak apa ntah sebab abah pun taktau apa yang dia masak. Bukan sambal bukan kari tapi SEDAP. Gitulah bila masak ikut suka jekan. Abah regukan menu ayam ni dengan bayam tumis air. Oklah onzzz.
Rasa nak menambah nasi tapi hmmm rasa takut berat bertambah menguasai. Jadi kita tambah ayam seketul lagi jelah.
Ini juadah kami hari Isnin (14.7.2025). Abah buat Tenggiri masak cuka dan siew pak choy goreng. Ini lauk yang ammi dah tua baru pandai makan.
Ini lauk bila ntah. Daging balado minyak tertumpah nama diberi. Bersepah biji cili tapi takpe, kita kuis-kuis je masa makan. Regu pulak dengan kobis goreng mamak style tapi tak berapa nak mamak.
Pagi masa abah hantar ammi ke stesen bus ammi sebut, "dah lama tak makan ikan kembung". Balik kerja tadaaaaa ikan kembung duduk berbaris. Abah buat juga sayur campur goreng.
Begitulah bila kami bertiga je dirumah. Memang maximum 2 lauk je atas meja. Kalau abah rajin adalah juga telur dadar kalau takde kita layan je apa yang ada.
Nikmat mana lagi yang perlu engkau dustakan.
12 Comments
Untung sangat Ammi dapat suami yang pandai masak ni. Tak kisah lah apa nama masakan pun, janji sedap dan berselera makan. Kurang sikit penat travel pergi balik kerja jauh tu kan. Hidangan kat rumah ni ada lauk utama dan sayur kira dah mencukupi dah.
ReplyDeleteBestnya ada segmen masak apa..ni akak nak ajar abg haidy awak tu masak la..boleh buat segemen suami masak apa...kita pun nak jugak..jeles kalau awak sorang buat segmen...hahaha....pandai nau laki den masak aih...buat segmen PZ Masak Apa la....ok tak?
ReplyDeleteWah pandai masak..sedap sekali nampaknya tu..adui rasa nak datang makan hehehe
ReplyDeleteKami pun kalau makan malam & hero berdua tu kat asrama makan simple juga Ammi... kalau semua ada barulah mood memasak tu datang hehe...
ReplyDeleteRajin abah memasak ye. Saya kalau masak ikut modd, selalunya mood masak tu takde… so beli je lah
ReplyDeletealhamdulillah....dpt suami yg rajin ke dapur
ReplyDeleteSedap semua yang abah masak tu.
ReplyDeleteSamalah.. biasa 1 lauk 1 sayur je.
Tenggiri masak cuka akak belajar makan dari MIL.
Alhamdulillah dapat suami yang sentiasa dapat membantu meringankan kerja merupakan rezeki
ReplyDeleteAlhamdulillah. Untung Ammi, ada suami rajin memasak.
ReplyDeleteUntung husband pandai masak ni. Kita boleh la relax sikit. Husband Cie tak pandai masak.
ReplyDeletehuntong ada Mr. Chef 💖💖
ReplyDeleteDulu saya pernah berharap punya suami chef. Kan enak, selalu dimasakin 🤣. Apalagi saya jujur saja tak suka masak. Selama ini masak tp terpaksa lah. Makanya hanya yg simple saja 😄.
ReplyDelete