Ammi rasa ammi macam rajin pulak masuk dapur lepas raya haji ni. Takdelah rajin mana, takat masuk dapur masa weekend je. Tapi rajinlah juga. Takdelah tetiba je ajak abah makan kat luar.
Masa hari raya haji tu, kami kan ke rumah kakak ipar di Port Dickson. Dia bagi ammi satu plastik tauhu putih tu. Ammi memula masa dapat tu macam naklah buat begedil tauhu macam yang arwah mama selalu buat masa kitorang kecik tu. Tapi hmmmm malas pulak nak lenyek-lenyek.
Ini menu kami hari Sabtu 14/6/2025. Ammi buat daging berempah, pastu goreng je tauhu tu dengan garam kunyit dan cicah dengan sambal kicap. Pastu macam ehhh tak ada kuah, kita buatlah sundubu-jjigae ikut suka dan ikut apa yang ada. Ammi ada paste gochujang tu jadi senanglah. Tambah cili powder sikit biar pedas dan jadi.
Tang kacang panjang tu kan, kenapa bila kita potong serong dia macam keras sikit tapi kalau kita patah-patahkan je dia macam lembik? Cara potongan pun menentukan tekstur kejadian kacang panjang ke?
Hari Ahad kami makan apa ntah. Tak de pun sekeping gambar dalam gallery.
Ni pulak juadah kami Sabtu lepas (21/6/2025). Kari ayam tu ammi tak masak. Itu leftover lauk hari Jumaat yang abah masak. Ammi buat daging korban goreng kunyit letak bawang putih bebanyak sebab dalam rumah ni kan ada penggemar bawang putih.
Ammi buat lagi tauhu goreng tapi kalini ammi coat dengan rempah soto dan goreng sawi je. Alhamdulillah, akhirnya habis juga tauhu putih yang Along kirimkan. Surprisingly, tauhu keluaran bumiputera ni tak masam ok walaupun lama dalam fridge. Cuma, rupa bentuk fizikal tauhu ni memang tak berapa nak lawalah macam yang selalu jual di pasar tu. Tapi taste wise masih sedap.
Buat juga coleslaw sebab Alip macam biasalah ayat dia "Alip dah lamaaaaaa, tak makan coleslaw. Dah macam 2 tahun". Wooooo lama bethol. Sapalah mak ayah awak ni ye? Selalu tak bagi anak dia makan.
Menjelang malam, eh daging goreng tinggal 2 keping je dalam pinggan. Sapalah yang meratah tu agaknya ye.
So, ammi buat nasi goreng jelah. Makan dengan cili potong dan baki coleslaw Alip tu. Mangkuk ni mangkuk kesayangan arwah mama. Masa kecik, mangkuk ni cuma keluar waktu raya je. Rasa macam nak guna secara harian, tapi ammi ni tak suka makan guna pinggan yang 'see-thru' gini. Ammi tak boleh betul bila makan nampak perkara di bawah pinggan.
Hari Ahad, ammi masak yang lagi simple. Sebabnya by tengahari abah dah nak kena keluar. Ammi pulak panggil acik urut datang rumah pagi tu. So, ammi buat sup ayam, rasa macam ayam masuk sekali dengan kentang, tapi kentang tu tak empuk sangat uolls. Ammi buat sambal gesek cili kering. Goreng juga bendi tapi pedas pulak sebab ammi guna minyak goreng cili kering untuk dibuat sambal gesek.
Sekian saya meriak nak tunjuk saya masuk dapur.
13 Comments
Terliur tengok kari....teringin nak masak kari...tapi tu la...tengah banyak benda pantang ni...nanti2 la masak kari...
ReplyDeleteIni bukan sekadar rajin ni. Ini rajin betul ada banyak lauk setiap hari. Saya suka lagi kacang panjang patah² kan je. Jarang pulak lembik tapi rangup je. Mungkin masak lama kot jadi lembik. Aliph makan coleslaw dengan apa lauk apa tu? Lain macam selera Aliph. hihi..
ReplyDeleteAlip makan coleslaw dengan nasi je Fiza. Dia gaul beriya. Lupa pulak ammi nak rakam moment dia menggaul nasi dengan coleslaw.
DeleteSaya kalo orang hidang depan mata mcm gini...Alhamdulillah sangat....
ReplyDeleteTahniah, atas kerajinan anda memasak! Puas hati, bila kita masak sendiri ni, walaupun lauk simple dan ikut suka hati kita je. Alhamdulillah, anak kenyang, mak happy. 😁
ReplyDeletePernah dapat tauhu putih produk homemade. Memang tak berbau dan fresh je after bbrp hari pun. Mgkn small production kot, boleh control kualiti dsbnya
ReplyDeleteKalau gini kata tak rajin,kalau rajin tu macamana la agaknya ye 😁
Wah meriah dapur ammi... mmg overdose rajin dah ni.. mcm2 je menunya
ReplyDeleteMood rajin kita ni ada masa jugak kan. Time rajin tu pulun la masak. Time malas tu pandai2 la cari makan luar kan.
ReplyDeleteRamainya juadah sesedap
ReplyDeletesebelah rumah ammi ada kosong tak? nak sewa jap situ, tumpang makan rumah ammi dgn tak segannya. ahahaaa rajin ammi tanpa batas.
ReplyDeletewaaa rajinnya ammi masak2. terbaek laaa
ReplyDeletetgh puasa tgk menu makanan...laparrrr....kita tk mkn tauhu gitu tp kalo tauhu buat berlauk or tauhu begedil mkn juga..menu daging mmg byk la since daging korban byk lg
ReplyDeleteTerus kelaparan bila baca post Ammi yang satu ini. Semua molek-molek kejadian lauknya😅
ReplyDelete