Hari Ahad pagi kakak ipar ammi yang di Senawang ajak gi sarapan sama.  Dia bagi location kita follow je.

Jarang-jarang ammi lalu di jalan ni sebab tak ada tujuan pun nak Taman Tasik Jaya ni.  Kalau lalu pun kadang-kadang sebab nak ke ST Rosyam je.  Jadi tak berapa nak tau yang tempat makan ni wujud.  Sampai je kat sini ammi macam...wahhhhh konsep buffet tempat ni.

Ambil apa yang nak makan, pastu sebut je nombor meja di kaunter bayaran.  Dia akan key-in.  

Banyak juadahnya kat sini.


Ada mee kari, mee sup, lontong


Pelbagai hidangan goreng



Ada pelbagai jenis rendang juga.  Tapi ammi tak ambik pun.  Tekak teringin nak makan western pulak.



Ada 3 barisan didepan


Dapur yang menyediakan western breakfast.



Ramai pelanggan


Gambar biras ambik.  Mano poie eh kepalo yang lain ontah.


Ni ha...tokak omputih lak pepagi Ahad.

Rasanya boleh repeat lagi ni lain kali sebab banyak option dan tak mahal.  Kami makan bertujuh semalam dan total bill cuma RM90++ je.

Laman Kito
Lot 4198, Jalan Desajaya 1,
Taman Tasik Jaya,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan

Next mungkin nak try untuk dinner pulaklah.  Ammi baru je tengok kat blog Kak Ret dia pernah makan sini tahun 2023 dulu.