Balik dari makan di Melewar Kitchen, kita berehatlah melayan perasaan.  Sejuk betul cuaca hari Jumaat Sabtu lepas.  Ammi relax je tidur dalam bilik waktu petang tak pasang kipas tak pasang aircond.  

Hampir-hampir nak Asar tu ammi rebuskanlah jagung untuk si bongsu ni.  Dari sehari ke sehari dia mintak jagung tapi maknya ni malas.  Masalahnya dia mintak jagung pukul 9 malamlah, masa mak dia tengah mengajilah.  Ehhhh tak kuasa nak layan.

Cun-cun lepas solat asar, jagung tu pun dah terlebih-lebih masak.  Huhuhu..


Mix dengan susu pekat sikit, butter dan garam halus.  Kalau beli kat luar mau dekat RM10 ni sebab adalah anggaran 2 cawan.  Ni ammi beli sepeket 1kg baru RM8++ harganya.  Boleh repeat berapa kali ntah.  

Ada sekali ammi lupa pulak kita pergi mana, satu cup tu dia jual RM7.  2-3 kali ammi tengok papan harganya terus macam ok tak payah.  Apa mahal nau ko jual tu kak?  Jagung organic kualiti premium ke apa?


Sebelum balik tu beli goreng pisang RM3 dan abah kata kuih "kias fansuri".  Helloooo syurgaku, kias fansuri tu M. Nasir punya, ini kuih kasturi.  Wahhh belagak pulak ammi.  Ammi pun tau lepas kawan-kawan blogger tolong bagi tau kat post yang ini.  


Ada juga 2 biji donut Alip yang beli lepas lunch tadi.  Dan sehingga malam tadi, donut yang ada almond slice tu masih ada dalam fridge.  Kita tengoklah malam ni kalau ada terpaksa ammi "selamatkan" dia..


Jadilah minum petang kami di hari Sabtu yang redup, sejuk.

Cadangnya malam nak makan di Gedabucks, tapi cadangan hanyalah cadangan bila memasing masih terasa kenyang.  Jomlah tidur.  Esok pagi jelah baru kita makan.