Hari Jumaat lepas 27.12.2024 lepas makan-makan di MyViets tu ammi cadangkan kat Abah untuk kita ke Port Dickson.  Saja je ambil angin petang.  Abah bagi green light.

Maka mehlah balik jap ha...ammi nak ambil telekung dan pencuci muka bagai.  Mujurlah rumah dengan bandar Seremban ni tak jauh.  

Call Along (kakak ipar ammi) di Port Dickson.  Katanya dia di Sepang tapi dah on the way balik sebab ambil stok barang untuk buat mee.  Kalau dia ada ingatkan nak beli kudap-kudap petang dan lepak rumah dia je.  Lama dah tak jumpa along.

Dah dia tak ada kami pun singgah jelah minum air kelapa di Batu 4.


Abah dan anak lelaki gi order air kelapa.


Ammi dan Kyra buat apa?  Kami ambik gambar la.  

Kedai sebelah ada jual sotong, udang, ketam celup tepung.  Tapi alahai, kitorang ni macam kenyang pulak.  


Yang lelaki ambil air kelapa sorang sebijik.  Amboiiiii especially untuk si bongsu tu.  Pastikan habis ye.


Ammi dan Kyra minum share je.  Kitorang order coconut shake.  Tak padan dengan batuk tak henti pastu ada hati nak minum ais bagai seketul Ammi ni.

Tengah-tengah minum ni Along pun call semula kata dia dah sampai rumah.  Baiklah...nanti kami sampai.

Sampai rumah Along lebih kurang pukul 6 lebih tengok dia tengah siapkan barang nak goreng mee.  Ehhhh gediklah Long.  Kitorang dah kenyang dah ni.  "Abih, takkan ko nak nengok muka along je," katanya sambil laju je tangan tu menumis.  Alhamdulillha rezeki jangan ditolak.  Ni kira dinner kami lah ni.  Lupa pulak nak bergambar.

Along bagi petua untuk batuk.  Katanya "ko beli air sarsi, hilangkan gas dia pastu ko panaskan dan minum suam-suam".  Ammi cuba, dan adalah rasa kurang batuk memalam.  Pastu teringat kat rumah memang ada pati sarsi, jadi kita letak je pati tu dalam cawan, campur air panas kita minum je hari-hari.  Mudah-mudahan mujarab.

Penat wei makan ubat batuk, asyik mengantuk je mata ni tapi batuk tak surut-surut.

Korang ada petua lain untuk hilangkan batuk?  Kalau batuk tu berkahak (maaf ye) kita rasa puas sikitkan bila batuk.  Ni batuk yang gatal-gatal tekak tu...ish geram betullah.